MP Petaling Jaya undur diri dari kepimpinan pusat PKR

June 12, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, sekali gus menandakan perkembangan terbaharu dalam pergolakan dalaman parti itu susulan kemunculan parti baharu yang diterajui oleh Rafizi Ramli.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Chean Chung berkata keputusan itu dibuat selepas 18 tahun bersama PKR dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat kepimpinan pusat parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus kekal sebagai ahli PKR serta menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat sehingga Parlimen dibubarkan.

“Setelah 18 tahun menyertai PKR dan lapan tahun menyandang jawatan di peringkat pusat parti, hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai ahli MPP. Namun saya kekal sebagai anggota parti dan akan terus menjalankan tugas sebagai anggota Dewan Rakyat sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Chean Chung sebelum ini dilihat sebagai antara pemimpin yang rapat dengan Rafizi, yang kini mengetuai parti baharu, Bersama, bersama bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kehadiran Chean Chung pada majlis pengumuman pengambilalihan parti tersebut sebelum ini turut mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya dalam PKR.

Berita berkaitan
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok