Nurul Izzah Anwar.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menolak sebulat suara peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Nurul Izzah menguruskan urusan peribadi dan meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Katanya, keputusan itu juga mengambil kira hasrat Nurul Izzah untuk memberi tumpuan kepada bidang akademik tanpa meninggalkan perjuangan parti.
“Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan kerana beliau meminta masa untuk mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD.
“Jadi kerja tetap berjalan. Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,” katanya.
Fahmi berkata, bagi memastikan pentadbiran PKR tidak terjejas, fungsi dan tanggungjawab Timbalan Presiden akan dilaksanakan oleh Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
“Bagi memastikan pentadbiran serta operasi parti berjalan lancar dan tidak terganggu, fungsi serta tanggungjawab jawatan Timbalan Presiden kini digalas oleh Saifuddin,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat Kuala Lumpur di Imbi Convention Hall hari ini.
Sebelum ini, Nurul Izzah mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas membuat pertimbangan panjang bagi membolehkannya meneruskan pengajian lanjutan.
Beliau menjelaskan langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha memulakan fasa baharu dalam kehidupan melalui bidang akademik dan khidmat kepada masyarakat tanpa semestinya terikat dengan politik.
Bagaimanapun, keputusan berkenaan tidak bermaksud Nurul Izzah meninggalkan PKR.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota parti dan terus menyokong perjuangan PKR serta kepimpinan Presiden, Anwar Ibrahim.
Keputusan MPP itu bermakna kedudukan Nurul Izzah dalam PKR kekal, manakala urusan harian berkaitan tugas Timbalan Presiden akan dipikul Saifuddin sehingga keadaan membolehkan Nurul Izzah kembali memainkan peranan secara aktif.
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan