Muhyiddin sahkan MIC mohon sertai Perikatan Nasional: Laporan

November 30, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengesahkan telah menerima permohonan daripada MIC untuk menjadi sebahagian daripada gabungan parti politik itu.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata permohonan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada masa terdekat.

“Kita sebelum ini tidak dapat mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN kerana tumpuan diberikan kepada kempen Pilihan Raya Negeri Sabah,” jelas Muhyiddin dipetik laporan media selepas menghadiri Konvensyen Urimai di Pusat Konvensyen Dan Pameran Inovasi Shah Alam hari ini.

Muhyiddin juga berkata sudah memaklumkan kepada pimpinan MIC bahawa PN menyambut baik mengenai permohonan tersebut yang akan dibincangkan secara teliti terlebih dahulu.

“Saya telah memaklumkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung MIC bahawa kami akan membincangkan permohonan ini dengan teliti selepas pilihan raya Sabah. Secara prinsipnya, semua parti dalam PN menyambut baik MIC, namun keputusan muktamad terletak di tangan Majlis Tertinggi PN,” tambahnya.

Muhyiddin turut mendedahkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) turut menghantar permohonan sama untuk menyertai PN, dan ia akan dibawa ke meja mesyuarat yang sama.

Laporan media sebelum ini memaklumkan hasrat MIC untuk meninggalkan BN dan menyertai PN merupakan antara usul yang dibentangkan dari dalam dewan semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti itu sebelum ini.

Spekulasi mengenai masa depan MIC dalam landskap politik negara telah lama berlegar, dengan parti itu dilihat mencari hala tuju baharu.

MIC merupakan antara parti pengasas kepada Barisan Nasional, yang memerintah negara sejak sebelum merdeka lagi.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
12 jam lalu· Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
19 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
October 22, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
19 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
20 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
20 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
October 22, 2026 · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok