‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang

July 28, 2026 · Politik

Bendahari Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) Khalid Samad menggesa Presiden PAS, Hadi Awang menghentikan dakwaan yang disifatkannya sebagai tidak berasas, sambil menyindir pemimpin itu supaya “sudah-sudah lah berbohong” kepada rakyat.

Khalid berkata, tuduhan Hadi menerusi tulisan Minda Presiden PAS yang mendakwa PH memperoleh kuasa melalui penipuan, helah tidak demokratik, rasuah dan ugutan langsung tidak berasaskan fakta, malah bercanggah dengan rekod pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Hentikanlah pembohongan dan fitnah serta usaha menakut-nakutkan rakyat melalui dakyah seperti ini. Berdirilah di atas keadilan dan bercakap berdasarkan fakta, bukannya kebencian,” katanya pada sidang media di Seremban hari ini.

Menurutnya, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, PH memilih untuk membawa naratif berasaskan prestasi pentadbiran dan khidmat kepada rakyat, berbeza dengan kempen lawan yang didakwanya lebih banyak memainkan sentimen kaum dan agama.

Beliau berkata, pencapaian pentadbiran Menteri Besar, Aminuddin Harun atau Tok Min di Negeri Sembilan telah dibentangkan kepada rakyat dengan data rasmi, termasuk kejayaan menarik pelaburan melebihi RM32 bilion sepanjang 2025 hingga 2026.

Katanya, jumlah itu jauh mengatasi sasaran pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun yang pernah diumumkan pihak lawan.

“PH tidak meminta sokongan melalui momokan atau ketakutan. Kita bentangkan rekod pentadbiran supaya rakyat boleh membuat keputusan berdasarkan prestasi sebenar,” katanya.

Khalid turut mendakwa dakwaan kononnya kedudukan Melayu dan Islam terancam di bawah pentadbiran PH hanyalah propaganda politik.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan negeri telah menggunakan tempoh lapan tahun lalu untuk memperkukuh kedudukan kewangan negeri, membina asas pembangunan dan menarik pelaburan, manakala lima tahun akan datang akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan manfaat hasil daripada asas tersebut.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Hadi supaya berlaku adil seperti dituntut dalam Surah al-Maidah ayat 8, yang menyeru umat Islam menjadi saksi kepada keadilan serta tidak dipengaruhi kebencian terhadap sesuatu pihak.

“PAS sepatutnya berhenti memainkan politik kebencian dan memberi ruang kepada rakyat menilai siapa yang benar-benar mempunyai rekod pentadbiran yang baik,” katanya.

Khalid berkata, fokus PH semasa kempen PRN kali ini ialah isu yang dekat dengan kehidupan rakyat termasuk peluang pekerjaan, kemampuan memiliki rumah, peningkatan pendapatan petani, kebajikan warga emas dan masa depan golongan muda di Negeri Sembilan.

Beliau berharap pengundi membuat pilihan berdasarkan pencapaian dan rekod pentadbiran, bukannya dakwaan atau fitnah yang dimainkan sepanjang kempen.

Berita berkaitan
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
4 jam lalu· Politik
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
17 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
July 29, 2026 · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
4 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
4 jam lalu · Politik
Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan
5 jam lalu · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok