Mungkin disebabkan rabun tak nampak pelaburan puluhan bilion: PMX

July 22, 2025 · Isu semasa

Kritikan berhubung isu pelaburan yang dibawa balik ke negara dijawab Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan membidas mereka mungkin rabun.

Anwar menjelaskan lawatan kerjanya ke tiga negara Perancis, Itali dan Brazil baru-baru ini berjaya membawa potensi pelaburan mencecah bilion ringgit namun masih tidak nampak oleh pihak tertentu khususnya pembangkang.

“Projek berjalan jadi sepatutnya ahli Parlimen di Kedah, di Johor tengoklah. Projek itu besar bukan projek kecil yang tidak nampak walaupun cip itu kecil bangunan itu besar. Itu pun tidak nampak.

“Yang terlaksana projek untuk menyatakan (kata) pelaburan berpuluh billion tapi tidak nampak apa, itu masalah mata rabun bukan masalah saya.

“Pergi jumpa pakar mata, kalau tidak ada kita minta Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) tolong bantu,” sindirnya ketika Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Anwar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memperincikan potensi pelaburan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan lawatan rasmi Perdana Menteri ke ketiga-tiga negara berkenaan bermula di Itali pada 1 Julai dan berakhir di Brazil pada 7 Julai berjaya membuka peluang pelaburan baharu dengan potensi pelaburan melebihi RM8 bilion di Itali manakala di Perancis anggaran potensi pelaburan mencecah kira-kira RM4 bilion.

Kemudian semalam, Menteri Luar, Mohamad Hasan menyangkal lawatan Perdana Menteri ke Perancis dan Itali baru-baru ini tidak membawa sebarang makna kepada negara.

Sebaliknya, kata beliau, Anwar turut mengadakan pertemuan empat mata dan berbincang mengenai banyak perkara dalam pertemuan bersama pemimpin kedua-dua negara berkenaan khususnya Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Menurutnya, ketibaan Anwar di Perancis yang tidak disambut sendiri oleh Macron bukan isu besar memandangkan ia bukan lawatan bersifat rasmi sepenuhnya oleh delegasi negara.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok