Imigresen tiada rekod berhubung dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia

2 jam lalu · Isu semasa

Jabatan Imigresen memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, memasuki Malaysia bersama delegasi peringkat tinggi dari China tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata setakat ini tiada sebarang rekod atau maklumat rasmi diterima berkaitan perkara berkenaan.

“Setakat ini, Jabatan Imigresen tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau mengulas laporan Sarawak Report yang mendakwa satu mesyuarat sulit melibatkan Jho Low diadakan di Kuala Lumpur di bawah perlindungan delegasi China sebagai sebahagian daripada rundingan berkaitan hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail, berkata polis masih belum dapat mengesahkan dakwaan berhubung kewujudan mesyuarat tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurut beliau, pihak berkuasa sedang meneliti sama ada pertemuan itu benar-benar berlaku seperti didakwa dalam laporan berkenaan.

Ketika ditanya sama ada Jabatan Imigresen mempunyai rekod kemasukan Jho Low ke negara ini, Zakaria bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Jho Low masih menjadi buruan beberapa negara berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB yang menggemparkan dunia dan menyebabkan siasatan rentas negara dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Pada 13 Mei lalu, Mohd Khalid dilaporkan berkata siasatan terhadap Jho Low masih diteruskan walaupun muncul laporan ahli perniagaan itu cuba mendapatkan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Laporan The Wall Street Journal sebelum ini mendakwa Jho Low mendapatkan bantuan individu yang mempunyai kaitan dengan Trump bagi mendapatkan pelepasan daripada tindakan undang-undang di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, akhbar itu memetik seorang pegawai White House sebagai berkata permintaan berkenaan tidak berada dalam perhatian pihak pentadbiran ketika ini.

Berita berkaitan
Tiada pengampunan untuk Jho Low: PMX
May 16, 2026· Politik
Polis siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
4 jam lalu· Politik
Siasatan isu mesin layan diri luar bidang kementerian: Akmal Nasrullah
5 jam lalu· Isu semasa
NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing
5 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC dekati komuniti luar bandar melalui Karnival Internet Selamat di Sabah
2 jam lalu · Isu semasa
Pendidikan jadi teras fokus kerajaan, peruntukan akan ditambah: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
Laluan UEC ke IPTA kekal dengan syarat lulus BM dan Sejarah: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh selepas data ekonomi rekod pertumbuhan 5.4 peratus
19 jam lalu · Isu semasa
Dua warga emas di Pulau Pinang rugi RM2.7 juta ditipu skim pelaburan palsu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok