Siasatan isu mesin layan diri luar bidang kementerian: Akmal Nasrullah

5 jam lalu · Isu semasa

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan desakan supaya siasatan dijalankan terhadap projek mesin layan diri di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INSAN) bukan berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Akmal Nasrullah berkata, fokus utama Kementerian Ekonomi ketika ini adalah memastikan program itu terus berjalan lancar demi membantu golongan sasaran, khususnya asnaf dan B40, meningkatkan pendapatan mereka.

“Kementerian Ekonomi memberi tumpuan kepada pelaksanaan program supaya berjalan sebaik mungkin. Soal laporan atau siasatan itu di luar skop yang kita boleh kawal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurut Akmal, kementerian telah turun padang menemui peserta program di beberapa negeri termasuk Kedah, Johor dan Kuala Lumpur, dan mendapati inisiatif berkenaan memberi kesan positif kepada penerima manfaat.

“Kita sendiri bertemu peserta di lapangan dan melihat bagaimana golongan miskin serta asnaf berjaya meningkatkan pendapatan melalui program ini,” katanya.

Program mesin layan diri IPR-INSAN diperkenalkan pada Februari 2023 ketika Rafizi Ramli menerajui Kementerian Ekonomi.

Inisiatif itu menyediakan mesin menjual nasi lemak dan makanan segera lain bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan tambahan. Sebanyak 100 mesin pertama mula beroperasi pada Jun tahun sama.

Bagaimanapun, projek itu kembali menjadi perhatian selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, awal bulan lalu menggesa Ketua Audit Negara menyiasat status dan keberkesanan program berkenaan.

Beliau mendakwa siasatan perlu dilakukan bagi memastikan tiada pembaziran berlaku selain meneliti kemungkinan wujud isu kenaikan harga pembelian mesin.

Mengulas perkara itu, Akmal Nasrullah berkata sebarang pandangan atau kritikan yang dibangkitkan mana-mana pihak adalah hak masing-masing, namun kementerian kekal komited meneruskan program tersebut.

“Semangat Kementerian Ekonomi adalah membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Isu lain yang timbul di luar sana, itu terpulang kepada pihak masing-masing,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kementerian akan terus memberi perhatian kepada kesinambungan pelaksanaan program itu sepanjang tahun 2026.

Berita berkaitan
Imigresen tiada rekod berhubung dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia
2 jam lalu· Isu semasa
NGO desak Rafizi jawab isu dakwaan dana asing
5 jam lalu· Politik
Ringgit mengukuh selepas data ekonomi rekod pertumbuhan 5.4 peratus
19 jam lalu· Isu semasa
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
May 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC dekati komuniti luar bandar melalui Karnival Internet Selamat di Sabah
2 jam lalu · Isu semasa
Pendidikan jadi teras fokus kerajaan, peruntukan akan ditambah: Anwar
5 jam lalu · Isu semasa
Laluan UEC ke IPTA kekal dengan syarat lulus BM dan Sejarah: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Dua warga emas di Pulau Pinang rugi RM2.7 juta ditipu skim pelaburan palsu
19 jam lalu · Isu semasa
KPT perjelas laluan tahfiz ke IPTA, syarat masuk bagi UEC belum muktamad
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok