Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).
Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) hari ini mengumumkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat strategik anak syarikat kerajaan negeri Selangor tersebut.
Pengumuman lantikan Timbalan Presiden PKR itu dibuat semalam bersempena sambutan 10 tahunnya
Nurul Izzah dilantik atas kapasitinya sebagai pengerusi eksekutif Polity, badan pemikir yang baru ditubuhkan.
Turut dilantik ke kedudukan sama ialah bekas naib presiden NVIDIA Corp dan Foxconn Lai Yit Loong dan Pengarah Foxconn Chiang Shang-Yi.
Sidec dalam kenyatannya berkata lantikan Nurul Izzah itu bertujuan “membawa wawasan bernilai dalam dasar awam, pembangunan sosioekonomi, dan pemerkasaan digital”.
Sidec juga berkata kesemua lantikan dibuat menandakan pencapaian penting dalam memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab inovasi serantau dan mempercepatkan ekosistem semikonduktor di Malaysia.
“Pelantikan ini juga merupakan mercu tanda strategik dalam mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai pusat inovasi serantau,” katanya.
Sambutan 10 tahun Sidec malam tadi dirasmikan oleh Menteri Besar Amirudin Shari.
Sidec merupakan anak syarikat milik penuh Invest Selangor Berhad yang ditubuhkan bagi memacu transformasi digital negeri melalui tiga teras utama: e-dagang, pembangunan syarikat pemula (startup), serta bandar pintar dan digitalisasi.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri