Nurul Izzah gesa pemimpin PKR sumbang bantuan SARA kepada rakyat kurang mampu

August 31, 2025 · Isu semasa

Nurul Izzah Anwar mengajak semua wakil rakyat PKR tersebut serta orang ramai yang berkemampuan untuk melakukan ‘pass it forward’ atau memanjangkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang diterima mereka kepada golongan yang lebih memerlukan.

Timbalan Presiden PKR itu yang berkongsi mengenai langkah tersebut menerusi satu hantaran di Facebook berkata beliau dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah berpakat untuk melaksanakan inisiatif tersebut pada hari Ahad lalu.

Nurul Izzah menjelaskan wang RM100 mungkin dianggap kecil bagi mereka yang hidup dalam kesenangan, namun jumlah tersebut mempunyai nilai yang sangat besar bagi golongan yang serba kekurangan.

Menurutnya, bantuan tersebut boleh menjadi sumber rezeki yang dapat mengenyangkan perut anak-anak serta keluarga yang memerlukan.

“Merdeka bukan sekadar satu slogan, tetapi ia adalah hasil daripada perjuangan kita bersama. Kini tiba masanya untuk kita memberi kembali kepada rakyat yang hidup dalam kesempitan.

“Jangan biarkan sesiapa pun tersisih! Setiap orang berhak untuk menikmati hidangan di atas meja mereka,” tegasnya lagi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, Amirudin menyerahkan barangan keperluan asas yang dibeli menggunakan bantuan SARA kepada golongan yang memerlukan.

Gambar yang dikongsi oleh Nurul Izzah di Facebook menunjukkan Amirudin sedang melakukan penyerahan barangan tersebut.

Nurul Izzah turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia dalam hantaran yang sama.

Bantuan SARA sebanyak RM100 merupakan bantuan tunai sekali bayar yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa memerlukan permohonan.

Ia boleh digunakan di lebih daripada 7,000 premis perniagaan yang berdaftar di seluruh negara sehingga 31 Disember ini.

Berita berkaitan
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu· Isu semasa
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu· Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu· Politik
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok