Papagomo didenda RM4,000 kes hasutan

March 30, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut yang menyentuh institusi Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Menurutnya, mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan sebelum membuat keputusan.

“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan ini. Sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama empat bulan,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Dalam rayuannya, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memohon agar anak guamnya hanya dikenakan hukuman denda tanpa penjara. Beliau menegaskan Wan Muhammad Azri memberi kerjasama penuh sepanjang prosiding berlangsung.

“Dia tidak pernah gagal melapor diri dan mempunyai tanggungan lima anak perempuan termasuk seorang anak istimewa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pengadu dalam kes tersebut telah menarik balik laporan selain mendakwa kenyataan dibuat tidak mencetuskan sebarang kekacauan.

Namun, pihak pendakwaan menegaskan hukuman lebih tegas wajar dikenakan memandangkan kesalahan itu melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja.

“Tertuduh menggunakan kata-kata kesat yang menghina dan merendah-rendahkan Agong. Sebagai bekas anggota polis, dia sepatutnya sedar implikasi tindakannya,” kata Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman.

Kes ini berpunca daripada satu hantaran di platform X pada April 2024 yang menyentuh isu melibatkan pemilik KK Supermart yang menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Hantaran itu didakwa mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi diraja.

Wan Muhammad Azri sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat mengikut Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala tertuduh tampil sebagai satu-satunya saksi bagi pihak pembelaan.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
April 30, 2026· Isu semasa
Keputusan kes gangguan seksual Ebit Lew dijangka hari ini
April 30, 2026· Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM sahkan panggil Rafizi beri keterangan Isnin
May 2, 2026 · Isu semasa
Ringgit kukuh, ekonomi Malaysia kian diyakini dunia: Kamil
1 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Mangsa baharu seminggu sambung semester baharu
14 jam lalu · Isu semasa
Global Sumud Flotilla: 10 rakyat Malaysia sudah dibebaskan
15 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh 61 tikaman: Empat individu direman Polis Kelantan
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok