PAS didakwa guna Hamzah lemahkan Bersatu: Puad

May 26, 2026 · Politik

PAS didakwa sedang menggunakan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin sebagai strategi politik untuk melemahkan Bersatu dalam kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) yang semakin ketara menjelang landskap politik baharu negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi mendakwa hubungan antara PAS dan Bersatu kini tidak lagi sehaluan apabila kedua-dua parti saling mencurigai kedudukan serta pengaruh masing-masing dalam gabungan pembangkang itu.

Menurut beliau, PAS masih menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu susulan episod kejatuhan Menteri Besar Perlis sebelum ini yang dikaitkan dengan percaturan politik dalaman PN.

“PAS akan menggunakan Hamzah sebagai senjata supaya Muhyiddin Yassin semakin lemah dan tidak relevan, terutama selepas Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puad berkata, usaha membawa Hamzah bersama kumpulannya ke dalam PN sebelum ini dikatakan cuba dilakukan melalui parti BERJASA, namun langkah itu gagal selepas dibantah oleh Bersatu.

Katanya, Bersatu menyedari Hamzah berpotensi mengambil alih pengaruh dalam BERJASA sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam gabungan tersebut.

“Bersatu berjaya menghalang PAS membawa masuk Hamzah dan kumpulannya ke dalam PN apabila penyertaan BERJASA gagal dimuktamadkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa PAS masih mempunyai ruang untuk membantu Hamzah dan kumpulannya meneruskan pengaruh politik mereka, termasuk memberi laluan menggunakan logo PAS pada pilihan raya akan datang.

“PAS masih boleh bertindak balas dengan memberi kebenaran kepada Hamzah dan 18 Ahli Parlimen lain bertanding menggunakan logo PAS,” ujarnya.

Menurut Puad, jika senario itu berlaku, ia bakal memberi kesan besar kepada masa depan Bersatu dan kedudukan Muhyiddin sebagai tokoh utama parti berkenaan.

Untuk rekod, hubungan antara PAS dan Bersatu dilihat semakin dingin sejak beberapa bulan kebelakangan ini susulan beberapa percanggahan dalam isu kepimpinan serta hala tuju PN.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN turut mencetuskan spekulasi mengenai perubahan pengaruh dalam gabungan itu.

Hamzah pula sebelum ini dilihat antara pemimpin kanan Bersatu yang mempunyai pengaruh besar dalam parti dan sering dikaitkan sebagai antara tokoh penting dalam menentukan hala tuju politik pembangkang.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu· Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok