Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Seorang setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard susulan satu hantaran di media sosial yang didakwa berunsur fitnah.
Laporan itu dibuat oleh Ho Weng Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sekitar jam 12 tengah hari, selepas satu hantaran Facebook Chegubard bertajuk “Anthony Loke perlu disiasat atas membiayai entiti haram-Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong” tular.
Menurut Weng Wah, hantaran berkenaan mengandungi tuduhan serius kononnya Loke menyalurkan dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa tidak sah, selain mengaitkan perkara itu dengan isu melibatkan institusi diraja di Negeri Sembilan.
“Hantaran tersebut bukan sahaja berunsur fitnah, malah menyentuh isu sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi diraja yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat,” katanya dipetik laporan berita.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil bagi mengekang penyebaran maklumat tidak sahih, khususnya yang berkaitan isu 3R, demi memastikan keamanan dan kestabilan negara terus terpelihara.
“Penyebaran maklumat palsu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat,” ujarnya lagi.
Weng Wah turut menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap hantaran tersebut yang dipercayai melanggar beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 505 dan 499 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Untuk rekod, isu berkaitan 3R sering menjadi perhatian pihak berkuasa di Malaysia kerana sensitiviti tinggi yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan kestabilan politik.
Sejak kebelakangan ini, beberapa kes melibatkan kenyataan di media sosial telah disiasat bagi mengelakkan penyebaran fitnah dan provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi