Pegawai PM terlibat dalam isu surat sokongan patut dipecat: Rafizi

November 20, 2025 · Politik

Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Perdana Menteri yang sekadar ‘menegur keras’ Setiausaha Politik Kanannya berhubung isu surat sokongan kepada kontraktor adalah tidak memadai dan tidak mempunyai ‘umph’.

Ahli Parlimen Pandan itu sebaliknya berkata pegawai PM terbabit sepatutnya dipecat dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibuat untuk menyiasat kemungkinan terdapatnya habuan.

Rafizi berkata, kes seumpama ini bukanlah perkara baharu dan telah membangkitkan aduan serupa sebelum ini.

“Sebab itu dalam kes Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri ini, sepatutnya ia jadi peluang kepada Perdana Menteri tunjukkan komitmen beliau menentang rasuah,” tegas Rafizi melalui hantaran di Facebook.

“Kalau setakat tegur keras, tetapi orang itu masih ada di situ, lama-lama berucap keras macam mana pun orang tak ambil serius. Takut nanti orang cakap depan cakap lain, belakang buat lain,” tambahnya lagi.

Beliau menambah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri telah mengesahkan dakwaan tersebut, namun setiausaha politiknya itu masih kekal dalam jawatannya.

Beliau menyifatkan jawapan Perdana Menteri itu sebagai tidak berkesan, memandangkan Anwar seringkali menekankan komitmennya membasmi rasuah.

Rafizi mengingatkan, rakyat kini mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat hasil konkrit selepas tiga tahun kerajaan pimpinan Anwar memerintah.

Mengulas mengenai statistik rasuah, Rafizi berkata, walaupun tangkapan meningkat daripada 998 pada tahun 2020 kepada 1,334 pada 2024, jumlah sabitan sebenarnya menurun.

“Berdasarkan peratusan, yang dituduh berbanding kertas siasatan dibuka menurun dari 56 peratus pada 2020 kepada 39 peratus pada 2024,” jelasnya.

Beliau menegaskan, angka ini menunjukkan jurang antara retorik anti-rasuah dengan realiti yang dinilai rakyat.

“Maka sabitan bersalah juga lebih rendah zaman Madani ini, walaupun laungan anti rasuah lebih kuat,” tambahnya.

Rafizi mengingatkan agar ‘cybertroopers’ kerajaan tidak mengecamnya secara membuta tuli kerana apa yang dikongsinya adalah berdasarkan fakta yang disediakan oleh Kementerian Undang-Undang.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
12 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
12 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
12 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
20 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok