Pelaburan AS ke Malaysia diperkukuh, 15 syarikat gergasi tunjuk minat: Anwar

November 1, 2025 · Isu semasa

Malaysia bakal menyaksikan peningkatan pelaburan daripada Amerika Syarikat (AS) ekoran minat yang ditunjukkan oleh kira-kira 15 syarikat gergasi dari negara itu untuk mengembangkan atau memudahkan operasi mereka di sini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim,berkata perkembangan positif ini adalah sebahagian daripada tindakan susulan selepas kunjungan Presiden AS, Donald Trump, ke Malaysia baru-baru ini semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Kita bertemu dengan Pakatan Perniagaan AS yang melibatkan syarikat-syarikat besar negara itu yang menyatakan minat sama ada untuk mengembangkan pelaburan atau menyampaikan beberapa usul untuk memudah cara pelaburan AS di Malaysia,” jelas Anwar kepada media sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeonju, hari ini.

“Ini juga tindakan susulan setelah kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia,” tambahnya lagi.

Antara syarikat terkemuka yang disebut oleh Perdana Menteri ialah Microsoft, Amazon Web Services, Philip Morris International dan JP Morgan Chase.

Menurut Anwar, syarikat-syarikat yang berminat itu merangkumi pelbagai sektor penting.

“Ia melibatkan bidang farmaseutikal, semikonduktor dan perkhidmatan kewangan, melibatkan sekitar 15 hingga 16 syarikat,” ulas beliau mengenai hasil mesyuarat Pakatan Perniagaan APEC-AS itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.

Menurut satu kenyataan, kedua-dua negara bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.

“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala.

“Ini termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,” jelas Anwar.

Beliau menegaskan Malaysia komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan AS.

“Pertemuan itu secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin dan memberi ruang untuk membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok