Pelaburan RM600 juta baik pulih Carcosa bagi pelihara warisan negara: PMX

October 15, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Khazanah Nasional Bhd melabur sebanyak RM600 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan bangunan warisan, termasuk Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri menegaskan bangunan bersejarah itu bukan sekadar tinggalan era kolonial, tetapi simbol warisan Raja-Raja Melayu serta perjalanan negara mencapai kemerdekaan.

Anwar bangga dengan sejarah dan identiti nasional yang dipamerkan oleh Carcosa.

“Isu Carcosa ini dibangkitkan… masalahnya, kadang-kadang pembangkang tidak membaca. Ini ialah warisan.

“Saya bangga dengan sejarah saya, saya bangga dengan bangunan Carcosa sebagai warisan Raja-Raja Melayu yang mempunyai peranan tersendiri,” katanya semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat lepas, Anwar memaklumkan peruntukan besar tersebut untuk membaik pulih Carcosa Seri Negara.

Beliau turut menekankan pelaburan dalam warisan akan mendatangkan pulangan ekonomi.

“Kuala Lumpur perlu dikenali sebagai sebuah kota moden dari segi teknologi dan segar budayanya. Apabila kita mula melabur di situ, ia akan menarik pelaburan lain untuk berkembang di sekitarnya,” jelas Anwar.

“Kita pastikan bangunan lain termasuk gereja dan kuil Hindu tidak diabaikan, sebaliknya dibangunkan bersama,” tambahnya.

Carcosa Seri Negara yang dibina pada 1896 pernah menjadi kediaman rasmi Sir Frank Swettenham dan menyaksikan peristiwa bersejarah seperti pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Amirul Feisal Wan Zahir, pelaburan RM600 juta itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Warisan KL.

Ia bukan sahaja untuk Carcosa tetapi merangkumi pemuliharaan enam blok bangunan di Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad, bertujuan menjadikan ibu kota sebagai hab budaya dan ekonomi yang dinamik.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
12 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
17 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok