Pembentangan di Konvensyen Pemuda UMNO bukan dapatan rasmi: Ilham Centre

January 6, 2026 · Politik

Ilham Centre menafikan sebarang kaitan rasmi dengan pandangan dan dapatan kajian yang dibentangkan oleh salah seorang felonya pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung Sabtu lalu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata pembentangan oleh pensyarah kanan sains politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, adalah pandangan peribadi individu berkenaan dan tidak mewakili pendirian institusi itu.

Menurutnya, pembentangan tersebut juga tidak berasaskan dapatan rasmi atau analisis data yang dihasilkan oleh Ilham Centre.

“Segala maklumat, tafsiran dan kesimpulan yang dibentangkan adalah tanggungjawab sepenuhnya pembentang dan tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyataan rasmi Ilham Centre,” katanya dalam satu kenyataan.

Hisomuddin menegaskansebarang rujukan kepada dapatan rasmi Ilham Centre hanya boleh dibuat melalui saluran komunikasi yang sah dan diberi kuasa, termasuk laporan rasmi, kenyataan media atau pembentangan yang dimandatkan oleh pihak pengurusan.

Katanya, ketelusan dan integriti data adalah prinsip utama yang sentiasa dijaga oleh institusi tersebut.

Ilham Centre juga menyatakan komitmen untuk menghormati kebebasan bersuara serta kepelbagaian pandangan akademik yang dikemukakan dalam wacana awam.

“Kami menghormati perbezaan pandangan dan perbincangan terbuka, selagi ia difahami sebagai pendapat individu, bukan suara institusi,” jelas Hisomuddin.

Penjelasan itu dibuat susulan pembentangan Mujibu di konvensyen berkenaan yang melibatkan tinjauan ke atas 1,800 responden.

Tinjauan tersebut mendakwa hanya 15 peratus responden Melayu bersedia menerima kerjasama antara UMNO dan DAP, manakala 62 peratus menolaknya secara tegas.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, turut mempertikaikan dapatan kaji selidik tersebut dengan mempersoalkan identiti dan kredibiliti responden yang digunakan bagi menyokong gesaan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

Konvensyen Khas Pemuda UMNO itu turut menyaksikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya menarik semula sokongan terhadap kerajaan sedia ada, menerima PAS sebagai sekutu baharu dan bersedia kembali menjadi pembangkang jika perlu.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
8 jam lalu· Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu· Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
13 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok