Pemimpin atas akan muktamadkan permohonan Khairy masuk UMNO: Reezal

October 30, 2025 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Reezal Merican Naina Merican, mengesahkan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, masih mengekalkan kesetiaan yang kukuh kepada UMNO meskipun pernah dipecat sebelum ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas menyatakan keyakinannya terhadap perasaan cinta Khairy terhadap parti itu, berdasarkan pertemuan mereka baru-baru ini.

“Saya ada pada masa kenduri (kahwin) itu, saya sekali dengan dia, duduk dengan dia.

“Cuma satu benda saya boleh maklumkan, memang kasih dan cinta Khairy ini hanya pada UMNO saja. Itu saya boleh sahkan,” katanya seperti yang dilaporkan media.

Bagaimanapun, Reezal Merican menegaskan keputusan mengenai kemungkinan Khairy menyertai semula UMNO terletak di tangan pimpinan tertinggi parti.

“Ia keputusan pimpinan atasan dan keputusan MKT, saya tidak boleh mendahului,” jelasnya lagi.

Mengenai spekulasi yang menyatakan Khairy mungkin dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Reezal Merican berkata tidak mengesahkannya.

“Itu pun saya tak dapat nak sahkan. Saya ini ahli parti, benda itu akan ditentukan oleh pimpinan pada peringkat atas,” ujarnya.

Laporan media hari ini mendedahkan Khairy dijangka menyertai semula UMNO sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadual berlangsung pada hujung bulan depan.

Langkah pemimpin itu dikatakan telah mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
7 jam lalu· Politik
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
9 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
9 jam lalu· Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
7 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok