Pemuda DAP desak Akmal lepas jawatan kerajaan Melaka

January 7, 2026 · Politik

Pemuda DAP hari ini mencabar Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, supaya segera meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Melaka sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan media, sayap pemuda itu berkata pendirian tegas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bahawa parti tersebut akan kekal bersama kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, membuktikan gesaan “keluar kerajaan” oleh Akmal hanyalah satu gimik politik.

“Gimik keluar kerajaan yang dimainkan oleh Akmal kebelakangan ini terbukti sekadar bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri,” kata kenyataan itu.

Menurut Pemuda DAP, jika Akmal benar-benar konsisten dengan pendiriannya, beliau boleh melepaskan jawatan exco tanpa berlengah.

“Jika masih mahu kekal dengan jawatan sedia ada, maka beliau perlu menelan semula kenyataan terdahulu dan menghentikan retorik yang hanya merosakkan usaha kerajaan dalam agenda reformasi serta kesejahteraan rakyat,” tegas mereka.

Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan memegang portfolio kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan di Melaka.

Pemuda DAP turut menyifatkan kenyataan Zahid “tidak mahu dipatuk ular kali kedua” sebagai penutup kepada sebarang spekulasi rundingan antara UMNO dan PAS.

Sabtu lalu, Pemuda UMNO mengadakan konvensyen khas yang menyaksikan Akmal menggesa agar keluar kerajaan dan bergabung dengan PAS sebagai pembangkang.

Pemuda DAP menyifatkan tafsiran Akmal kononnya Zahid menyokong agenda “penyatuan orang Melayu” sebagai mengelirukan rakyat dan tidak menghormati pendirian presiden parti sendiri.

Berita berkaitan
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
June 25, 2026· Politik
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
5 jam lalu· Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
5 jam lalu· Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
4 jam lalu · Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
4 jam lalu · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
9 jam lalu · Politik
“Onn Hafiz pak turut, UMNO Johor boneka terikat,” Puad umum keluar UMNO
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok