Pengundi Sabah di Semenanjung perlu pulang mengundi, tiada undi pos: SPR

October 17, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pengundi dari Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, menegaskan rakyat Sabah di Semenanjung yang ingin mengundi pada 29 November ini perlu pulang ke negeri asal mereka.

“Buat masa ini keputusan berhubung perkara itu belum lagi diputuskan oleh SPR, jadi pengundi rakyat Sabah yang berada bukan di Sabah kena balik ke sini untuk mengundi,” katanya dipetik laporan media.

Pengumuman ini menjawab desakan beberapa pihak yang memohon pelaksanaan undi pos bagi memudahkan rakyat Sabah di Semenanjung yang menghadapi halangan seperti tambang penerbangan yang tinggi.

Ahli Parlimen Tuaran, Madius Tangau sebelum ini menyuarakan pandangan agar sistem undi pos diguna pakai semasa PRN Sabah bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

“Bagi saya langkah ini wajar dilaksanakan bagi memastikan rakyat Sabah yang berada di luar negeri asal tidak terhalang daripada menunaikan tanggungjawab dan hak demokrasi.”

Beliau menekankan ramai warga Sabah menghadapi kesukaran untuk pulang akibat kekangan kewangan, masa, dan cuti.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraisah Munirah Majilis, juga mengemukakan dua cadangan kepada Kerajaan Persekutuan iaitu memohon cuti tanpa rekod untuk pekerja Sabah di Semenanjung serta pengawalan tambang penerbangan.

“Saya mohon agar kerajaan Persekutuan memberikan cuti tanpa rekod sehari sebelum hari mengundi kepada rakyat Sabah yang berada di Semenanjung untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Buat masa ini, undi pos hanya terhad kepada petugas pilihan raya, pasukan keselamatan, dan rakyat Malaysia di luar negara.

Justeru, bagi pengundi biasa di Semenanjung, jalan utama untuk mengundi adalah dengan kembali ke Sabah pada 29 November nanti.

Berita berkaitan
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
5 jam lalu· Politik
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
5 jam lalu· Politik
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
5 jam lalu· Politik
PRK Kinabatangan dan Lamag: Dua calon BN mendahului dalam kiraan undi
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
3 jam lalu · Politik
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
5 jam lalu · Politik
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
5 jam lalu · Politik
UMNO uji konsep Rumah Bangsa pada PRN Melaka: Zahid
23 jam lalu · Politik
MIC bincang sertai PN dalam mesyuarat tergempar: Vigneswaran
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok