PH yakin rekod baik kerajaan jadi sandaran di Negeri Sembilan, perlu diteruskan: Nie Ching

July 19, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) berharap rakyat Negeri Sembilan terus memberi mandat kepada gabungan itu untuk mentadbir negeri bagi meneruskan pelaksanaan agenda reformasi dan dasar Kerajaan MADANI.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching, berkata sokongan berterusan kepada PH penting supaya pelbagai inisiatif yang dirancang kerajaan dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan berjaya mencatat pelbagai pencapaian sepanjang tiga tahun lalu walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Walaupun masih terdapat cabaran, mesej yang ingin saya sampaikan ialah ekonomi Malaysia terus berkembang dan bergerak ke hadapan. Sebab itu kami berharap rakyat akan terus menyokong PH dan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PH Negeri Sembilan di Seremban malam ini.

Beliau berkata negara merekodkan prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, pelancongan, pasaran modal serta rizab antarabangsa, sekali gus menunjukkan ekonomi negara kekal berada pada landasan yang positif.

Nie Ching turut menyentuh beberapa pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan, termasuk reformasi skim pencen perkhidmatan awam serta usaha memperluaskan akses pendidikan.

Katanya, antara langkah diperkenalkan ialah jaminan penempatan ke program matrikulasi kepada pelajar yang memperoleh keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain memberi keutamaan kemasukan ke kursus pilihan di universiti awam kepada pelajar cemerlang.

Pada masa sama, beliau mengakui masih terdapat dasar yang perlu diperbaiki, namun kerajaan sentiasa bersedia mendengar pandangan rakyat sebelum melakukan penambahbaikan.

“Kami berharap usaha yang dilakukan hari ini akan menjadi legasi bermakna untuk generasi akan datang,” katanya.

Mengulas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, Ahli Parlimen Kulai itu berkata DAP tidak akan berputus asa walaupun mengalami kekalahan.

Sebaliknya, katanya, keputusan itu dijadikan peluang untuk melakukan muhasabah tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti.

Beliau berkata DAP akan terus memperkukuhkan parti serta meneruskan agenda reformasi dengan berpandukan nilai teras parti, di samping berusaha membina ekonomi yang lebih kukuh dan masa depan lebih baik untuk rakyat.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memilih kerajaan baharu. Pilihan raya itu menjadi antara medan penting menguji sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan selepas beberapa siri perkembangan politik di peringkat nasional sejak Pilihan Raya Umum Ke-15.

Berita berkaitan
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
3 jam lalu· Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
3 jam lalu· Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
7 jam lalu· Politik
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
2 jam lalu · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
2 jam lalu · Politik
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
13 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
14 jam lalu · Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
12 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok