Pinjaman FELDA dijamin kerajaan masih RM5.88 bilion

October 7, 2026 · Isu semasa

Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin Kerajaan Persekutuan mencecah RM5.88 bilion setakat 30 September lalu, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan sebelum ini meluluskan jaminan berjumlah RM9.9 bilion kepada FELDA bagi mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan dan pasaran modal.

Pembiayaan itu digunakan untuk membiayai projek, pelaburan serta pelaksanaan Pelan Pemulihan FELDA.

“Daripada kelulusan jaminan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM9.9 bilion, FELDA telah membuat pembiayaan yang dijamin Kerajaan Persekutuan sebanyak RM8.92 bilion, manakala baki sukuk berjaminan kerajaan yang masih belum diterbitkan adalah sebanyak RM980 juta,” menurut MOF.

Jawapan itu diberikan susulan pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) berkaitan isu ketirisan dana awam dan status pemulihan aset negara yang dikaitkan dengan skandal kewangan.

MOF turut memaklumkan kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan berjumlah RM990 juta selama 10 tahun bagi membantu pembayaran prinsipal sukuk FELDA.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menyokong kedudukan kewangan FELDA dan memastikan obligasi pembiayaan yang dijamin kerajaan dapat diurus secara berperingkat.

FELDA sebelum ini melalui beberapa langkah pemulihan kewangan susulan kedudukan hutang dan prestasi pelaburan yang memberi tekanan kepada kedudukan kewangannya. Kerajaan kemudian memperkenalkan pelan pemulihan bagi memperkukuh semula kedudukan agensi itu serta memastikan kelangsungan peranannya terhadap peneroka.

Jumlah jaminan kerajaan terhadap pembiayaan FELDA menjadi antara perkara yang mendapat perhatian kerana ia membabitkan komitmen kewangan awam dalam tempoh panjang.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
3 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
8 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
9 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok