Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud.
PKR dijangka akan mengumumkan senarai calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 9 atau 10 November ini, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Mustapha Sakmud.
Mustapha memberitahu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, di Kota Kinabalu dan perbincangan mengenai perkongsian kerusi dengan rakan sekutu juga didakwa hampir selesai.
“Perbincangan kerusi dengan Barisan Nasional sudah dimuktamadkan, manakala dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tinggal satu kerusi lagi, tapi saya fikir akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya ketika berucap dalam Jelajah Harapan Urang Sabah di Sandakan.
Mengenai tumpuan di kawasan Parlimen Sandakan, Mustapha mengesahkan PKR Sabah akan bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Gum Gum dan Karamunting.
“Calon satu mewakili Bumiputera Islam Sabah dan satu lagi mewakili kaum Tionghua,” ujarnya.
Menurutnya, jelajah tersebut merupakan platform untuk mendekati rakyat dan menerangkan dasar-dasar Kerajaan MADANI.
“Kadang-kadang kita dipesongkan oleh prasangka-prasangka dan menerusi Jelajah Urang Sabah ini kita mewakili kerajaan MADANI, parti, Pakatan Harapan dan beri penerangan kepada akar umbi tentang sumbangan kerajaan,” tambah Mustapha.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 29 November sebagai hari mengundi bagi PRN Sabah, manakala penamaan calon pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong