PKR letak calon anak tempatan pada PRN Sabah: Nurul Izzah

September 13, 2025 · Politik

PKR akan memastikan hanya calon anak tempatan yang akan dicalonkan bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, sebagai tanda menghormati semangat dan aspirasi rakyat negeri ini.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata parti itu memahami sepenuhnya sentimen penduduk Sabah yang cenderung untuk menyokong parti tempatan.

Beliau menyifatkan Sabah sebagai antara negeri yang paling matang dalam proses pertukaran kerajaan, dengan kepelbagaian parti dan ahli politik yang bertanding pada setiap pilihan raya.

“Justeru, kita mahu meletakkan calon yang terbaik. Semua calon adalah calon tempatan, suara tempatan, wakil tempatan untuk meneruskan legasi kepimpinan kerajaan negeri,” katanya dipetik laporan media.

“Kita tidak mahu sekadar membuat andaian terutama jika hanya mengapi-apikan sentimen bagi mengganggu gugat Sabah yang mana menjadi inspirasi kepada ramai penduduk Semenanjung daripada segi kesatuan rakyat pelbagai kaum,” tambahnya.

Mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi PKR, Nurul Izzah menjelaskan bilangan tersebut belum dimuktamadkan.

“Pada saya, bergantung kepada suara anak negeri. Semasa Kongres Nasional PKR, saya sebut 13 (kerusi), tetapi pada masa sama, lebih kepada meraihkan semangat. Paling penting pada kami, kami mahu Keadilan yang lahir di Sabah ini sejak 1999 terus berakar,” ujarnya.

Beliau turut menekankan komitmen PKR untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangani pelbagai isu, termasuk infrastruktur, kewarganegaraan, dan pembangunan pelbagai sektor.

“Jadi, ia bukannya semata-mata berapa jumlah (kerusi), tetapi dalam polisi Pakatan Harapan (PH), kita mahu memastikan kita sebagai suara yang dapat memberi nilai tambah kepada anak negeri,” jelasnya lagi.

 

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
21 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
19 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
21 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok