Nurul Izzah Anwar.
PKR menafikan khabar angin yang mendakwa Nurul Izzah Anwar akan melepaskan jawatan timbalan presiden parti itu pada masa terdekat.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menolak spekulasi berkenaan peletakan jawatan Nurul Izzah dengan menyifatkannya sebagai “berita palsu”.
“Berita palsu,” katanya ringkas dipetik laporan media.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh juga tampil menafikan dakwaan tersebut dengan mendakwa ia idak berasas sama sekali dan tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam kepimpinan parti.
“Sama sekali tidak benar,” katanya dipetik laporan media.
Spekulasi mengenai dakwaan peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula tular di media sosial awal hari ini.
Nurul Izzah, anak kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dipilih sebagai Timbalan Presiden parti bagi penggal 2025–2028 dalam pemilihan parti tahun lalu.
Dalam pemilihan itu, Izzah menewaskan penyandang,Mohd Rafizi Ramli, dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi.
Susulan kekalahan itu, Rafizi, yang ketika itu adalah Menteri Ekonomi, meletak jawatan.
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan