PKR paling bersedia hadapi PRU-16 berbanding parti lain: Anwar

February 13, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menyatakan PKR kini berada pada tahap paling kukuh berbanding parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), namun menegaskan jentera parti mesti terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum sokongan rakyat.

Presiden PKR itu berkata selepas beberapa tahun memberi tumpuan kepada pentadbiran negara, kini tiba masanya untuk beliau memperkukuh parti secara langsung di peringkat akar umbi.

“Jadi cukup tiga tahun, sekarang saya nak tumpu parti, nak turun nak pastikan PKR menjadi parti yang kukuh dan ampuh dalam negara dan saya mahu kita semua kerja sebagai pasukan.

“Kalau kamu wakil rakyat, ada jawatan sekarang cukup, kita sekarang bergerak sebagai satu pasukan, bangkit dan bergerak. Kita tumpu parti selain urus isu kerajaan,” katanya semasa Konvensyen KEADILAN Kedah di Alor Setar hari ini.

Anwar menekankan kepentingan kerja berpasukan dalam kalangan wakil rakyat dan pemimpin parti bagi memastikan gerak kerja kerajaan dan parti berjalan seiring.

Beliau turut mengingatkan kepimpinan PKR di Kedah supaya memperkukuh struktur parti termasuk cabang dan ranting, khususnya dalam menangani isu sentimen yang sering dimainkan pihak lawan.

Menurutnya, kekuatan PKR terletak pada budaya perbincangan terbuka dan kesediaan mendengar masalah rakyat pelbagai kaum.

“Saya Melayu Islam, tetapi saya Perdana Menteri untuk semua rakyat — Melayu, India, Cina serta masyarakat Sabah dan Sarawak. Ada pihak guna sentimen kaum, tetapi tugas kita adalah bekerja untuk rakyat,” katanya.

PKR merupakan antara parti utama dalam kerajaan perpaduan di Malaysia sejak pembentukan pentadbiran baharu pada 2022.

Parti itu kini berusaha mengukuhkan sokongan menjelang PRU-16, dengan fokus kepada kestabilan ekonomi, pelaburan teknologi tinggi serta kesejahteraan sosial rakyat.

Anwar menegaskan, kejayaan parti pada masa depan bergantung kepada disiplin dan kesatuan ahli.

“Kita perlu bangkit sebagai satu pasukan dan terus bekerja, bukan hanya bercakap,” katanya.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
3 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
3 jam lalu· Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu· Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
12 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
13 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
13 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok