PKR Putrajaya lapor polis artikel himpunan ’Turun Anwar’, minta tutup Dataran Merdeka

July 15, 2025 · Politik

Satu laporan polis dibuat PKR Putrajaya berhubung artikel diterbitkan portal Harakah Daily yang didakwa berunsur hasutan kerana mempromosikan satu bantahan ke atas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua PKR Putrajaya, Shariff Jeev, mendakwa artikel yang ditulis portal milik PAS itu mengandungi kandungan berunsur hasutan yang boleh menghasut orang ramai dan merosakkan demokrasi berparlimen.

“Kami menggesa pihak polis menyiasat artikel dan perhimpunan yang dirancang itu di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan (kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) atau mana-mana undang-undang yang bersesuaian,” katanya dipetik laporan FMT.

Ketika ditanya sama ada beliau mahu pihak berkuasa menghalang perhimpunan tersebut daripada diteruskan, Shariff berkata ia boleh diteruskan sekiranya diadakan dengan cara yang sesuai.

Bagaimanapun, Shariff mendakwa protes yang dirancang pada 26 Julai itu berpotensi menjadi ancaman kepada keamanan dan sistem demokrasi berparlimen.

“Setakat ini, sebanyak 52 laporan polis dibuat di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Hari ini sahaja enam laporan dibuat,” katanya.

Ketua Penerangan PKR Putrajaya, Noor Arizam pula, mendesak perhimpunan itu diadakan di lokasi lain selain Dataran Merdeka bagi mengelakkan ia ‘menjadi di luar kawalan’.

“Kami tidak mahu penunjuk perasaan melakukan provokasi. Kami berharap pihak polis akan dapat menutup kawasan itu,” katanya.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang itu bertujuan mendesak Anwar meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Minggu lalu, lebih 300 orang berhimpun di Shah Alam bagi tujuan yang sama. Perhimpunan berskala kecil itu diadakan bagi mempromosikan protes di Dataran Merdeka.

Berita berkaitan
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
20 jam lalu· Politik
Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’
October 21, 2026· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
October 23, 2026 · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
19 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
19 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok