PM Pakistan melawat Malaysia esok, perkukuh kerjasama dua hala

October 4, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari mulai esok, atas jemputan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), lawatan ini merupakan membalas lawatan Anwar ke Pakistan tahun lepas.

Rombongan beliau turut dianggotai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar.

Shehbaz bakal disambut dengan istiadat rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada hari pertama lawatan, yang diikuti dengan pertemuan empat mata serta mesyuarat dua hala bersama Anwar.

“Kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama antara Malaysia-Pakistan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan dan pertahanan,” kata Wisma Putra dalam kenyataan.

Pertemuan tersebut juga akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Satu tanda aras penting dalam lawatan ini ialah pertukaran lima Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangkumi bidang seperti pelancongan, pendidikan tinggi, pensijilan halal, dan pencegahan rasuah.

Sebagai penghormatan, Shehbaz Sharif akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan dan Tadbir Urus oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga dijadual berucap di Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Pakistan-Malaysia.

“Lawatan ini dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan kerjasama dalam bidang yang berkepentingan bersama,” tambah Wisma Putra.

Hubungan diplomatik Malaysia-Pakistan yang terjalin sejak 1957 dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 2019, dengan jumlah perdagangan dua hala mencatat peningkatan 25.5 peratus kepada RM8.07 bilion pada 2024.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
4 jam lalu· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
3 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
4 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
4 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
4 jam lalu · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok