Ekonomi malaysia dijangka terus kukuh tahun depan: Bank Dunia

May 14, 2026 · Isu semasa

Bank Dunia menjangkakan ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 4.4 peratus tahun depan meskipun dunia masih berdepan ketidaktentuan akibat konflik geopolitik, perang dagangan dan kelembapan ekonomi global.

Pengarah Bahagian Bank Dunia bagi Filipina, Malaysia dan Brunei, Zafer Mustafaoglu berkata permintaan domestik kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan negara.

Menurut beliau, Malaysia sebagai ekonomi terbuka masih terdedah kepada risiko luaran terutama melalui sektor perdagangan dan kewangan.

“Konflik geopolitik dan ketegangan perdagangan, pertumbuhan global yang lemah, turun naik pasaran kewangan serta ketidakpastian dasar dalam ekonomi utama boleh menjejaskan perdagangan dan keyakinan,” katanya ketika melancarkan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia April 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Bank Dunia turut mengakui prestasi ekonomi Malaysia pada 2025 lebih baik daripada jangkaan apabila negara mencatat pertumbuhan kukuh 5.2 peratus, didorong peningkatan permintaan domestik dan eksport yang memberangsangkan.

“Pencapaian ini mencerminkan kekuatan asas dan daya tahan ekonomi Malaysia walaupun berdepan persekitaran global yang mencabar,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan Malaysia masih berdepan isu produktiviti tenaga kerja yang sederhana walaupun kadar guna tenaga kekal stabil.

Katanya, ramai graduan masih bekerja dalam bidang yang tidak sepadan dengan kemahiran dimiliki, sekali gus menyebabkan potensi modal insan negara tidak digunakan sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan faktor seperti tahap persaingan pasaran yang lemah, peraturan tidak kompetitif, proses kelulusan yang rumit serta akses pembiayaan yang tidak seimbang menjadi antara penghalang kepada inovasi dan pertumbuhan produktiviti.

“Jika produktiviti tidak meningkat, sukar untuk memastikan kenaikan gaji yang mampan,” katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia memberi tumpuan kepada pembaharuan ekonomi dan usaha menarik pelaburan bernilai tinggi bagi meningkatkan daya saing negara di rantau Asia Tenggara.

Kerajaan juga giat memperkukuh sektor teknologi, ekonomi digital dan pembangunan bakat tempatan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang lebih mampan.

Dalam laporan itu, Bank Dunia mencadangkan Malaysia memberi tumpuan kepada tiga keutamaan utama iaitu mewujudkan persekitaran perniagaan lebih dinamik, memperkukuh inovasi dan pembiayaan produktif serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja untuk menghadapi cabaran masa depan.

Berita berkaitan
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
9 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
10 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok