PMX dan delegasi berlepas hari ini untuk lawatan tiga negara

July 1, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini bagi memulakan lawatan ke negara Itali, Perancis dan Brazil.

Pesawat sewa Penerbangan Malaysia yang membawa perdana menteri dan delegasi itu berlepas dari KLIA pada 2.15 petang.

Siri lawatan perdana menteri ini bermula dengan lawatan rasmi tiga hari ke Itali, yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping menggalakkan kerjasama ekonomi di peringkat global.

Lawatan ke hab ekonomi utama ini – Rom, Paris, dan Rio de Janeiro – bertujuan mengukuhkan hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara masing-masing.

Dalam lawatan ini Perdana Menteri turut diiringi oleh delegasi perniagaan, yang merangkumi wakil daripada syarikat-syarikat besar Malaysia, termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, TNB, Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.

Ketiga-tiga pasaran berkenaan secara kolektif merekodkan perdagangan dua hala bernilai RM50.91 bilion (USD11.14 bilion) tahun lepas.

Lawatan Anwar buat kali pertama ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Itali Zahid Rastam semalam, lawatan itu dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara merentasi pelbagai sektor.

Semasa di Rom, Perdana Menteri akan diiringi oleh lima menteri Kabinet yang terdiri daripada Menteri Luar Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Turut sama dalam delegasi itu ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Di Paris, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Emmanuel Macron, dengan perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu bertumpu kepada aspek perdagangan, teknologi dan pendidikan.

Selain menyertai perbincangan meja bulat dengan gergasi perindustrian Perancis, Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Islam tempatan, bertemu rakyat Malaysia di Perancis, dan menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne pada 4 Julai.

Selepas Paris, Anwar akan berada di Rio de Janeiro untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva.

Peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN untuk 2025 akan menekankan kepentingan multilateralisme berdasarkan undang-undang, tadbir urus kecerdasan buatan, tindakan iklim, dan kesihatan global, mewakili aspirasi lebih 650 juta warga ASEAN.

Anwar juga akan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS sebagai negara rakan kongsi dalam blok itu yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan. – Bernama

Berita berkaitan
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
19 jam lalu· Isu semasa
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
19 jam lalu· Politik
Parlimen: Speaker beri Takiyuddin tempoh hingga esok tarik balik ‘munafik’
October 21, 2026· Politik
RM4.3 bilion aset mafia korporat dibekukan sejak 2022: PMX
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
6 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
10 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
12 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok