Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, kedua-dua pemimpin akan membincangkan bidang utama kerjasama dua hala, khususnya dalam politik, perdagangan dan ekonomi.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dijadual mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, lapor agensi berita TASS.
Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, kedua-dua pemimpin akan membincangkan bidang utama kerjasama dua hala, khususnya dalam politik, perdagangan dan ekonomi.
Mereka turut dijangka merangka langkah seterusnya untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
Putin dan Anwar juga akan bertukar pandangan mengenai perkembangan antarabangsa dan serantau yang mendesak.
Kedua-dua pemimpin kali terakhir bertemu pada September 2024 di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivostok.
Rusia dan Malaysia berkongsi pendirian serupa dalam pelbagai isu serantau dan global.
Kedua-dua negara aktif bekerjasama menerusi platform seperti Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Malaysia secara rasmi menjadi negara rakan BRICS pada Januari 2025.
Ketika ini, Rusia dan Malaysia telah memeterai 20 perjanjian kerjasama.
Menurut Duta Besar Rusia ke Malaysia, Nail Latypov, jumlah dagangan dua hala mencecah kira-kira US$2.5 bilion pada akhir 2024.
Eksport utama Rusia ke Malaysia merangkumi mineral mentah, minyak dan produk kimia, manakala eksport Malaysia ke Rusia termasuk getah, jentera dan barangan pertanian. – Bernama
Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul
Global Sumud Flotilla: Nasib 10 aktivis Malaysia masih belum diketahui
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan