Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Muslim paling berpengaruh di peringkat global apabila dinamakan dalam senarai ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’ edisi 2026.
Beliau menduduki tangga ke-10 keseluruhan, naik empat anak tangga daripada kedudukan ke-15 yang dicapai pada tahun sebelumnya.
Pengiktirafan ini menobatkan Anwar dalam kalangan 50 tokoh teratas, sebaris dengan pemimpin dunia lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani di tangga pertama, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz (kelapan) dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kelima belas).
Laporan yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) Jordan itu turut meletakkan Anwar di tangga ketujuh dalam kategori ‘Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh’, mengatasi beberapa nama besar yang lain.
Menurut RISSC, penilaian ini dibuat berdasarkan kemampuan individu untuk membawa perubahan ketara dalam dunia Islam sama ada dari sudut politik, budaya, atau ideologi.
Pengaruh beliau dalam arena antarabangsa turut diperhatikan dan menjadi penilaian laporan tersebut.
“Anwar memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja, sekaligus mengukuhkan imej Malaysia sebagai pengantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara,” petik laporan tersebut.
Di samping itu, laporan itu juga mengetengahkan suara lantang Anwar dalam isu Palestin.
“Beliau juga penyokong tegas hak rakyat Palestin untuk menentang pendudukan,” menurut penerbitan berkenaan.
Laporan itu turut memuatkan reaksi Anwar terhadap tindakan Meta memadamkan catatan takziahnya pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
“Biarlah ini menjadi mesej jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat rejim Zionis Israel yang menindas.”
Kenaikan kedudukan Anwar dalam senarai berprestij ini dilihat sebagai cerminan pengiktirafan antarabangsa yang semakin kukuh terhadap kepimpinannya serta usaha beliau dalam menjangkatkan nama Malaysia di persada global.
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi