Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global

May 29, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan dalam Belanjawan 2027 susulan tekanan ekonomi global yang semakin mencabar, termasuk kesan konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketegangan geopolitik di Timur Tengah memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia dan turut menjejaskan kedudukan ekonomi negara, justeru semua kementerian perlu mula mengambil langkah berjimat cermat.

Menurut beliau, setiap kementerian diminta memperincikan pengurangan perbelanjaan dan mengelakkan budaya kerja secara silo supaya pengurusan kewangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Serangan ini menyebabkan masalah ekonomi dan kita juga terjejas. Jadi jangan ambil sikap sambil lewa atau remeh,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meminta beberapa kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi meneliti semula perbelanjaan masing-masing bagi mengenal pasti ruang penjimatan.

“Rayulah bagaimanapun mesti ada pengurangan belanjawan kerana mustahil tidak boleh berlaku penjimatan dalam RM20 bilion. Banyak bidang boleh dijimatkan,” katanya.

Anwar bagaimanapun memberi jaminan langkah penjimatan itu tidak akan menjejaskan pembangunan sektor pendidikan, termasuk pengembangan buku, mutu pembelajaran dan kemudahan asas pendidikan negara.

Menurutnya, penjawat awam dan pengurusan tertinggi kementerian perlu lebih bijak menetapkan keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

“Sekarang semua harus waras dan bijak tahu masalah, perbaiki dan ambil kesempatan dalam lompongan kelemahan. Dalam fikah pun disebut fiqh aulawiyat, iaitu ada keutamaannya,” katanya lagi.

Ketegangan di Timur Tengah kembali memuncak selepas siri serangan ketenteraan melibatkan AS dan Israel terhadap Iran yang mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi global, termasuk kenaikan harga minyak dan gangguan perdagangan antarabangsa.

Pakar ekonomi sebelum ini turut memberi amaran konflik berpanjangan di rantau itu boleh memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun termasuk Malaysia.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
9 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
13 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok