Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim tampil menjawab berhubung isu pembelian 30 pesawat Boeing yang dikaitkan dengan tarif import yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Malaysia.
Perdana Menteri menjelaskan keputusan Malaysia Airlines membeli 30 pesawat itu menandakan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara itu bertambah baik dan tidak wajar ia dijadikan isu politik untuk menyerang kerajaan.
“Alhamdulillah saudara-saudara, sebab apa? Sebab politik kita stabil. Ekonomi kita membangun. Dalam rundingan kita soal tarif dengan Amerika Syarikat yang melibatkan juga soal pertanian. Kita hendak pertahankan kepentingan kita. Ya kita setuju dalam banyak hal termasuk beli pesawat.
“Orang serang kita beli pesawat, kita kena beli dari mana? Nak beli di mana? Dia sama ada Boeing Amerika atau Airbus Perancis atau yang kecil-kecil lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Tambahnya Malaysia Airlines menerusi Malaysia Aviation Group (MAG) sejak dua tahun lalu telah berunding mengenainya kini sudah diurus dengan lebih baik dengan mencatatkan keuntungan pertama kali tahun lalu.
“Pertama kali tahun lalu, catat untung. Sebab kita tak sakau, kita tegaskan urusan mesti baik. Jadi Malaysia Airlines putuskan nak beli 30 Boeing dari Amerika dan beberapa lain Airbus untuk yang besar dari Perancis,
“Signed dah empat lima bulan yang lalu. Tapi kita meterai bila Trump tanya, kita kata yalah kita akan beli Boeing dari Amerika Syarikat,” katanya.
Terdahulu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia bersetuju untuk membeli 30 lagi pesawat Boeing dari AS bernilai $AS9.5 bilion sebagai komitmen memperkukuh hubungan perdagangan dua hala kedua-dua negara.
Langkah itu susulan rundingan yang membawa kepada pengurangan tarif AS ke atas Malaysia sebanyak 19 peratus berbanding 25 peratus.
Pembelian pesawat berkenaan juga sebahagian daripada beberapa komitmen perdagangan Malaysia dalam rundingan berkenaan.
Pembelian pesawat Boeing oleh MAG juga jelas Tengku Zafrul bukanlah pembaziran wang cukai rakyat, sebaliknya merupakan keputusan perniagaan strategik yang dirancang lebih awal dan dibiayai menggunakan dana syarikat.
Rancangan pembelian itu telah diumumkan seawal Mac 2025, iaitu sebelum Presiden AS, Donald Trump mengumumkan sebarang tarif baharu terhadap barangan import.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen