PMX kecam serangan di Syria, cabul undang-undang antarabangsa

July 17, 2025 · Isu semasa

Malaysia mengutuk keras serangan udara terbaharu yang dilakukan rejim zionis Israel terhadap ibu negara Syria, Damsyik, semalam.

Pendirian Malaysia itu disuarakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyifatkan serangan tersebut sekali lagi melanggar kedaulatan Syria dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.

Pada masa sama, beliau berkata, serangan itu merupakan pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.

“Syria telah menanggung penderitaan yang amat dahsyat sepanjang lebih sedekad, dan rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus menjadi mangsa keganasan atau campur tangan asing.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menggesa agar pencabulan seperti ini dihentikan serta-merta, di samping menyeru komitmen semula terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Israel melancarkan serangan udara pada Rabu ke atas Damsyik yang menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria serta kawasan berhampiran Istana Presiden.

Serangan itu berlaku ketika Israel meneruskan serangannya di wilayah Suwayda di selatan Syria, dengan alasan bagi melindungi komuniti minoriti Druze, sambil memberi amaran bahawa operasi akan diteruskan selagi pasukan Syria tidak berundur.

Tentera Syria sebelum itu telah dihantar ke kawasan terbabit bagi memulihkan ketenteraman susulan pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze dan Badwi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok