PMX lancar 30 kontena bantuan ke Gaza

March 1, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena ke Gaza yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik berpanjangan di wilayah itu.

Majlis pelepasan rasmi berlangsung sempena Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa anggota Jemaah Menteri.

Misi berskala nasional itu diterajui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama Sumud Nusantara dengan sokongan penuh kerajaan.

Sebanyak 30 kontena besar seberat 374 tan akan dihantar, merangkumi 14 kontena kotak makanan serta masing-masing lapan kontena tepung dan kit kebersihan.

Konflik yang berlarutan di Gaza sejak tahun lalu menyaksikan ribuan nyawa terkorban dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal, selain berdepan kekurangan bekalan asas.

Penutupan sempadan Rafah dan sekatan ruang udara antarabangsa turut menyukarkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.

Dalam kenyataan MAPIM, pihaknya memaklumkan kerajaan memandang serius cabaran logistik susulan ketegangan di Timur Tengah, namun kekal komited meneruskan usaha bantuan.

“Malaysia kekal tegas mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat dan tidak akan berdiam diri melihat penderitaan rakyat awam,” menurut kenyataan itu.

Penghantaran akan dilaksanakan secara berfasa dengan Pasukan Awal Misi dijadual berlepas ke Kaherah, Mesir pada Selasa ini bagi menyelaras proses kemasukan bantuan ke Gaza.

Anwar berkata, inisiatif yang dikenali sebagai Sumud Darat itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam mempertahankan hak dan maruah rakyat Palestin.

“Kita menolak segala bentuk penindasan, menentang kezaliman tanpa mengira pelakunya dan menyokong usaha ke arah keamanan yang berteraskan keadilan serta undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia akan terus berdiri bersama Palestin bukan sekadar melalui kenyataan, tetapi dengan tindakan konkrit yang memberi kesan langsung kepada rakyat yang memerlukan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026 · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok