PMX mohon tangguh perbicaraan dalam kes saman Yusoff: Laporan

June 6, 2025 · Isu semasa

Satu permohonan dikemukakan Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021 oleh bekas pegawai penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.

Menurut laporan BH, permohonan itu difailkan semalam dan peguam mewakili Perdana Menteri Rajasegaran Krishnan, mengesahkan perkara itu.

“Kami sudah memfailkan permohonan penangguhan itu, malam tadi. Pengurusan kes akan berlangsung tengah hari ini di mana satu tarikh akan ditetapkan untuk pendengaran,” katanya menurut laporan itu.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain, pada Rabu lalu menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada beliau mempunyai imuniti daripada saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff.

Roz Mawar turut menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman itu, dan memerintahkan ia dijalankan mulai 16 Jun ini.

Antara alasan utama dikemukakan dalam permohonan penangguhan difailkan oleh Anwar ialah keputusan Mahkamah Tinggi itu bergantung pada dua kes yang sudah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Ia juga mendakwa bahawa hakim itu terkhilaf dalam undang-undang dengan bergantung pada keputusan kehakiman (yang berfungsi sebagai otoriti kepada mahkamah apabila memutuskan kes sama) yang sudah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, menyebabkannya tidak mempunyai asas undang-undang dan melanggar prinsip Perlembagaan.

Rajasegaran berkata, satu notis rayuan terhadap keseluruhan keputusan Roz Mawar telah difailkan, kelmarin.

Roz Mawar dalam keputusannya pada Rabu lalu, menolak permohonan Anwar selepas mendapati persoalan yang dikemukakan adalah bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Hakim itu antara lain berkata, tindakan sivil tidak membentuk suatu kehilangan kebebasan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (hak kepada nyawa dan kebebasan diri) seperti yang dibangkitkan Anwar dalam permohonannya.

Melalui permohonan difailkan firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada minggu lalu, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberikan beliau kekebalan bersyarat daripada saman berkenaan.

Perkara itu membabitkan kuasa eksekutif tertinggi, hubungan kuasa antara Raja dan Kabinet dan pelantikan serta tanggungjawab Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar menegaskan permohonan itu dibuat bukan untuk melengahkan perbicaraan, tetapi bagi memastikan proses kehakiman berjalan adil dan mengikut lunas Perlembagaan.

Beliau memohon mahkamah menimbangkan sama ada saman terbabit menjejaskan keupayaannya menjalankan tugas eksekutif dan melemahkan prinsip pengasingan kuasa yang dijamin oleh Perlembagaan.

Perdana Menteri juga mahu mahkamah menentukan sama ada prosiding saman Muhammed Yusoff melanggar hak beliau untuk dilayan sama rata di sisi undang-undang, seperti diperuntukkan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Anwar turut memohon Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi perlu menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada saman itu adalah penyalahgunaan proses atau ancaman kepada kepentingan awam.

Sekiranya benar, mahkamah perlu memutuskan sama ada saman itu wajar digantung atau dibatalkan demi mengekalkan tadbir urus berperlembagaan.

Anwar juga memohon Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada beliau sebagai Perdana Menteri semasa, berhak menurut Perkara 5(1) Perlembagaan untuk perlindungan daripada litigasi yang bersifat strategik atau dipolitikkan bagi menjejaskan keupayaannya mentadbir negara.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok