PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu

May 9, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak membenarkan mana-mana kementerian menarik subsidi secara mudah, khususnya membabitkan barangan makanan dan keperluan asas rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, keputusan menarik subsidi telur ayam sebelum ini dibuat selepas beberapa siri perbincangan bersama Perdana Menteri kerana kerajaan bimbang ia akan menyebabkan kenaikan harga di pasaran.

Menurut beliau, Anwar pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana mahu memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

“Perdana Menteri paling susah hendak terima soal kenaikan harga barang. Masa kita mahu tarik subsidi telur ayam dulu, saya dan pegawai kementerian terpaksa berjumpa beliau berkali-kali.

“Beliau tanya sama ada harga akan naik atau tidak. Sampai beliau berseloroh kata, ‘Mat, kalau harga naik, hang jaga’. Saya yakin kerana kita sudah berbincang dengan penternak,” katanya ketika berucap semasa ceramah di Sungai Dua, malam tadi.

Kerajaan sebelum ini menamatkan subsidi telur ayam secara berperingkat selepas industri penternakan negara menunjukkan pemulihan daripada krisis bekalan dan kenaikan kos operasi yang berlaku sejak pandemik Covid-19 serta gangguan rantaian bekalan global.

Mohamad berkata, hasil kerjasama dengan penternak tempatan, harga telur kekal stabil malah berlaku lambakan bekalan di pasaran selepas subsidi ditarik balik.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak boleh melihat semua penternak sebagai pihak yang bersalah hanya disebabkan tindakan segelintir kartel yang cuba memanipulasi pasaran.

“Kebanyakan penternak masih boleh bekerjasama dengan kerajaan. Yang bermasalah hanya satu atau dua kartel sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata situasi harga makanan di Malaysia masih terkawal walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi dan konflik Asia Barat yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan global.

Menurutnya, berdasarkan lawatan ke beberapa negara termasuk Indonesia, China, Korea Selatan dan Vietnam, harga makanan di Malaysia masih berada pada tahap lebih baik berbanding negara lain.

“Kalau pergi pasar di negara lain, memang boleh nampak harga barang makanan naik. Tetapi di Malaysia, Alhamdulillah keadaan masih agak baik dan terkawal,” katanya.

Berita berkaitan
Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar
22 jam lalu· Isu semasa
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
24 jam lalu· Politik
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
Anwar seru rakyat tolak politik perkauman
June 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok