PN letak calon wajah baharu untuk pecah kitaran politik lama Sabah: Tun Faisal

November 21, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan barisan calon muda dan profesional sebagai teras strategi pilihan rayanya bagi membantu Sabah memecahkan kitaran politik lama yang didakwa gagal membawa perubahan bermakna.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, generasi baharu yang terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan ahli korporat itu dilihat mampu membawa pendekatan segar di Sabah serta bebas daripada beban politik masa lalu.

Beliau berkata, langkah itu adalah strategi utama bagi menembusi undi protes yang semakin meningkat terhadap prestasi kerajaan negeri dan kekecewaan rakyat terhadap isu asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan peluang pekerjaan.

“Selama bertahun-tahun Sabah diperintah oleh muka-muka lama. Kitaran itu tak berubah, masalah pun tetap sama.

“PN mahu memecahkan kitaran itu dengan calon bersih, profesional, dan tidak terikat dengan bagasi politik,” katanya dalam satu wawancara podcast.

Tun Faisal turut menegaskan komitmen konsisten PN terhadap tuntutan pemulangan 40 peratus hasil negeri yang menjadi asas kemampuan Sabah untuk membangun setara dengan Sarawak.

“Kita tak berdolak-dalik. Kita konsisten 40 peratus itu hak Sabah dan mesti dipulangan. Kalau hasil tak cukup, pembangunan pun tak boleh dipacu. Itu realiti,” tegasnya.

Mengakui PN berdepan keadaan lebih mencabar berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, beliau bagaimanapun yakin dengan gelombang sokongan anak muda yang semakin jelas, terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar.

“Calon-calon muda kita ada latar belakang profesional yang kukuh. Mereka lebih dekat dengan pengundi muda yang kini hampir 50% di Sabah,” ujarnya.

Menutup wawancara, Tun Faisal menyeru pengundi supaya memberi peluang kepada kepimpinan baharu.

“Kalau mahu Sabah benar-benar berubah, kita mesti ‘break the cycle’. Kita perlukan wajah baharu yang tidak terikat dengan kegagalan masa lalu,” katanya.

PRN Sabah ini menyaksikan pertandingan sengit hampir 600 calon merebut 73 kerusi, dengan beberapa kerusi mencatat pertandingan sehingga 13 penjuru.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
14 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
18 jam lalu· Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
12 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
14 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok