Polis sedang kesan individu bantu siasatan insiden Kampung Sungai Baru: Saifuddin

September 13, 2025 · Isu semasa

Pihak polis masih aktif mengesan beberapa individu lain untuk membantu siasatan lanjut berhubung insiden kekecohan yang berlaku semasa operasi pengosongan kediaman di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, pada Khamis lepas.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini tidak dapat memastikan jumlah tangkapan yang akan dilakukan seterusnya memandangkan siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini tidak ada tangkapan baharu dibuat dan kita serahkan (penahanan) sepenuhnya kepada pihak polis. Jika ada penahanan, saya akan maklumkan kepada pihak media,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Keluang hari ini.

Saifuddin turut menjelaskan tindakan penahanan tidak hanya tertumpu pada insiden Kampung Sungai Baru sahaja, tetapi merangkumi sebarang jenayah yang mengancam keselamatan awam dan negara.

“Sejak beberapa minggu ini, kita (polis) tangkap beberapa orang termasuk seorang bekas guru besar di Semporna yang mengugut untuk melanggar lari seorang doktor pakar.

“ Dua hari lalu, kita juga menahan seorang suspek dari Sungai Petani kerana menghina serta mencaci dengan kata-kata jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” jelasnya.

Menurut laporan media sebelumnya, seramai tujuh individu telah ditahan dalam kes itu atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Polis juga membuka tiga kertas siasatan yang membabitkan kesalahan tersebut dan siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan pegawai polis.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026· Politik
Polis serah laporan kes Ketua AKPS, AGC tentukan tindakan lanjut
October 6, 2026· Isu semasa
Pelarian Myanmar dihantar pulang selepas saringan ketat
October 6, 2026· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
15 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok