Politik identiti tentukan keputusan PRN Negeri Sembilan: Mujahid

August 3, 2026 · Politik

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menunjukkan sebahagian besar pengundi lebih dipengaruhi emosi dan sentimen kaum berbanding menilai rekod pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Beliau berkata, kemenangan gabungan BN dan PN membuktikan politik identiti berasaskan kaum dan agama berjaya mengatasi politik nilai yang selama ini dibawa PH.

“Pengundi Negeri Sembilan memilih emosi dan sentimen kaum daripada prestasi dan pencapaian sebagai tanda aras sokongan mereka.

“Walaupun kita menghormati pilihan pengundi, kita bimbang politik beridentitikan kaum dan agama yang sempit akan terus meruncingkan suasana politik negara serta melebarkan jurang ketidakpercayaan antara kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mujahid, perkembangan tersebut boleh memberi kesan kepada kestabilan negara kerana perpaduan masyarakat merupakan asas penting kepada kemakmuran Malaysia.

PRN Negeri Sembilan yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan BN dan PN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). BN muncul sebagai parti terbesar dengan memenangi 18 kerusi, manakala PN memperoleh tujuh kerusi.

PH pula hanya memenangi 11 kerusi selain menyaksikan dua pemimpin utamanya tewas, iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di DUN Linggi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di DUN Chennah.

Sejurus keputusan diumumkan, beberapa pemimpin PH mendakwa kempen pihak lawan banyak bergantung kepada politik identiti dan sentimen perkauman.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari turut menyifatkan pendekatan tersebut telah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti ekonomi, peluang pekerjaan dan kos sara hidup.

Dalam kenyataan sama, Mujahid turut mengkritik tindakan BN yang menurutnya memilih bekerjasama dengan PN di Negeri Sembilan walaupun kedua-dua parti berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Sikap BN di Negeri Sembilan dikesali kerana ‘menikam’ rakan secara terang-terangan apabila membahagikan kerusi bersama PN untuk menewaskan kerajaan Perpaduan yang dibentuk sebelum PRN.

“PH harus sedar cita-cita perpaduan yang diharapkan bersama BN telah dirampas oleh cita-cita ketuanan Melayu-Islam yang dibawa PN. Demi kuasa, BN sanggup meninggalkan hasrat membina Malaysia tanpa prejudis dan kebencian kaum serta agama,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRN Negeri Sembilan menjadi peringatan kepada PH yang bakal melalui laluan politik yang lebih mencabar jika terus berpegang kepada agenda politik nilai dan perpaduan dalam landskap politik negara yang semakin dipengaruhi sentimen identiti.

Berita berkaitan
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
20 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
20 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
23 jam lalu · Politik
Bersatu bukan lagi ahli PN kerana bertanding guna logo sendiri: Takiyuddin
23 jam lalu · Politik
Kerugian hampir RM10 bilion: Zahid mahu FELDA diaudit secara forensik
23 jam lalu · Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok