PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya

June 15, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor memilih kerajaan negeri yang sealiran dengan Putrajaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi memastikan urusan pembangunan dan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) it berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memudahkan rundingan serta mempercepatkan penyelesaian pelbagai isu yang dihadapi rakyat.

“Pilihan raya ini penting. Saya minta rakyat pilihlah kerajaan negeri yang boleh bersama dengan Persekutuan.

“Pimpinan di Johor mesti orang yang bijak dan berani, barulah dia boleh buat keputusan dan jaga kepentingan Johor,” katanya ketika berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Bakri malam tadi.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, rakyat perlu memilih pemimpin yang dekat dengan masyarakat, memahami masalah mereka dan tidak bersikap angkuh.

“Buat apa nak sombong, gaduh? Kita perlu pilih pemimpin yang bijak. Kita mahu wakil rakyat di negeri, ADUN dan Exco yang ambil tahu masalah rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepimpinan yang berwibawa di peringkat negeri dan Persekutuan mampu meningkatkan keyakinan pelabur serta mengukuhkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Dalam ucapannya, Anwar menyentuh hubungan diplomatik Malaysia dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan China yang menurutnya perlu diurus secara seimbang tanpa mengabaikan prinsip negara.

“Kita berkawan dengan semua orang tetapi kita jaga prinsip. Kalau ada yang buat tidak betul, kita akan cakap tidak betul,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Johor merupakan antara negeri terkaya di negara ini, masih terdapat beberapa isu asas yang memerlukan perhatian segera termasuk kemudahan sekolah dan infrastruktur awam.

Menurutnya, beliau sendiri menerima maklum balas mengenai keadaan sebuah sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera, termasuk kemudahan kantin yang uzur.

Anwar turut mengingatkan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan besar bagi menangani masalah banjir di Muar yang sekian lama membelenggu penduduk.

“Masalah banjir di Muar saya tolong. Berapa ratus juta saya bagi untuk projek tebatan banjir dan saya lulus untuk bantu anda. Sekarang sudah hampir siap dan banjir sudah terkawal,” katanya.

Johor kini menjadi antara negeri yang sering disebut sebagai kubu penting politik negara susulan kedudukannya sebagai penyumbang utama ekonomi serta pintu masuk pelaburan asing.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Persekutuan turut memberi tumpuan kepada pembangunan negeri itu menerusi pelbagai projek strategik termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), inisiatif infrastruktur dan projek tebatan banjir.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan keselarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan membantu mempercepatkan pelaksanaan agenda pembangunan serta memberi manfaat lebih besar kepada rakyat Johor.

Berita berkaitan
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
2 jam lalu· Isu semasa
Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz
7 jam lalu· Politik
AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan
7 jam lalu· Politik
PN bukan milik satu parti: Marzuki bidas PAS
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Johor: Puad beri laluan kepada calon muda, tak pertahan kerusi Rengit
7 jam lalu · Politik
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
11 jam lalu · Politik
Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin
11 jam lalu · Politik
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok