PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi

July 28, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin kadar keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mampu mencapai sekurang-kurangnya 90 peratus menjelang tamat proses pengundian hari ini.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata, setakat jam 10 pagi, sebanyak 34.26 peratus pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab mereka di pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri.

Beliau berharap momentum itu berterusan sehingga petang, malah tidak menolak kemungkinan kadar keluar mengundi mampu melepasi sasaran tersebut.

“Insya-Allah sehingga petang nanti kita menjangkakan kadar keluar mengundi boleh mencapai 90 peratus keseluruhan. Kita juga berharap angka itu boleh melepasi 90 peratus seperti yang dicapai pada pilihan raya di Johor sebelum ini,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, hari ini.

Menurut Ramlan, sasaran 100 peratus sukar dicapai berikutan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk terdapat pasangan anggota polis dan tentera yang tidak lagi bersama serta beberapa keadaan lain yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir mengundi.

Katanya, keadaan itu menyebabkan SPR menganggarkan sekitar 10 peratus pengundi awal tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka secara fizikal.

Sebanyak 38 pusat mengundi awal melibatkan 70 saluran dibuka di seluruh Negeri Sembilan hari ini. Daripada keseluruhan 22,339 pengundi awal yang berdaftar, seramai 16,467 orang mengundi secara fizikal selepas sebahagian lagi memilih kaedah undi pos.

Jumlah itu merangkumi 11,293 anggota tentera dan 5,174 anggota polis serta pasangan masing-masing yang layak mengundi awal.

Ramlan berkata, sebanyak 17 pusat mengundi ditutup pada jam 12 tengah hari, diikuti tiga lagi pada jam 2 petang, manakala baki 18 pusat mengundi akan beroperasi sehingga jam 5 petang.

Mengulas mengenai jangkaan pada hari pengundian Sabtu ini, beliau berkata SPR menganggarkan kadar keluar mengundi keseluruhan berada antara 72 hingga 75 peratus, mengambil kira suasana kempen yang rancak sepanjang tempoh berkempen.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan perjalanan PRN Negeri Sembilan setakat ini berlangsung dengan lancar, teratur dan aman.

SPR turut menerima 206 aduan berkaitan kesalahan pilihan raya, namun kebanyakannya membabitkan isu kecil seperti pemasangan dan penggunaan bahan kempen.

PRN Negeri Sembilan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 5 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos, melibatkan semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan menentukan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

Berita berkaitan
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
4 jam lalu· Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
July 29, 2026 · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
4 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
4 jam lalu · Politik
Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan
5 jam lalu · Politik
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok