PRN Sabah dijangka diadakan sebelum November, Hajiji minta bersabar

September 21, 2025 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan sebelum tarikh terbubar secara automatik pada 11 November ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) diadakan.

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor memberitahu pembubaran itu akan dilakukan tanpa bergantung pada keadaan atau ramalan cuaca, memandangkan tempoh DUN semasa sudah hampir tamat.

“Itu Jabatan Kajicuaca (Met Malaysia), tapi kita yang menentukan. Kita tiada pilihan sebab tempoh DUN terbubar sendiri pada November ini.

“Jadi, (pembubaran) mesti kita buat sebelum itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah di Dewan KDCA hari ini.

Beliau mengakui cuaca tidak menentu dengan hujan berterusan di beberapa daerah, namun ia tidak akan menjejaskan keputusan untuk membubar DUN.

“Memang tidak lama lagi (DUN dibubarkan), sabarlah, tunggu. Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah, tunggu cuaca baik nanti,” ujarnya sambil berseloroh.

Dalam ucapannya, Hajiji turut menyeru kepada hampir 970,000 pengundi muda supaya membuat pilihan yang bijak pada PRN nanti.

Beliau menekankan pilihan raya ini sangat penting untuk menentukan masa depan dan kesinambungan pembangunan negeri.

“Masa depan Sabah terletak di tangan anda, jangan sia-siakan peluang ini. Sabah tidak boleh lagi ketinggalan, kita ada potensi yang besar untuk menjadi negeri maju dan berjaya. Inilah masanya, inilah ketikanya,” tegas Hajiji.

Beliau juga mempromosikan rekod pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebajikan, dan pelaburan.

“Buatlah pilihan terbaik, yang menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik, dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mengulangi kesilapan lalu yang menyebabkan pembangunan negeri terencat dan projek terbengkalai.

Menurutnya, PRN-17 adalah peluang untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan didominasi parti tempatan.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
3 jam lalu· Politik
Bantuan tiket penerbangan RM500 bagi pelajar IPTA Sabah dan Sarawak
September 16, 2026· Isu semasa
Hari Malaysia: Anwar seru kukuh ikatan rakyat dan wilayah
September 16, 2026· Isu semasa
Bubar DUN Melaka? Ab Rauf masih berteka-teki
September 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
3 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
4 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
4 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok