Bubar DUN Melaka? Ab Rauf masih berteka-teki

September 16, 2026 · Politik

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menafikan dakwaan sudah menandatangani dokumen berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ab Rauf berkata, sekiranya dokumen pembubaran DUN sudah ditandatangani, pengumuman rasmi akan dibuat pada hari sama.

“Kalau sudah tanda tangan, hari inilah saya isytihar. Memang tiada tanda tangan apa-apa dokumen pembubaran. Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar. Tapi memang tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Persimpangan Tiga kepada Bulatan di Jalan Padang Kamunting sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Tanjung Bidara, hari ini.

Menurut Ab Rauf, pertemuannya dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam semalam merupakan pertemuan biasa dan tidak mempunyai kaitan dengan keputusan untuk membubarkan DUN.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, pertemuan itu merupakan kali pertama beliau bertemu Yang di-Pertua Negeri pada bulan ini.

Ditanya mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN Melaka, Ab Rauf sekali lagi memilih untuk tidak mendedahkan tarikh berkenaan, sebaliknya memberi bayangan proses tersebut akan berlaku pada hari Jumaat.

“Ia akan berlaku pada satu Jumaat lagi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Jumaat terakhir bulan ini akan menjadi tarikh pembubaran DUN, beliau hanya menjawab secara berseloroh.

“Entah, ada satu lagi lah. Tak tahu bila. Chase me if you can,” katanya.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan tempoh penggal semasa semakin menghampiri penghujungnya. Perkembangan berkaitan tarikh pembubaran DUN kini menjadi perhatian susulan spekulasi mengenai kemungkinan PRN Melaka diadakan dalam masa terdekat.

Spekulasi itu turut tercetus selepas tersebar dakwaan di aplikasi WhatsApp semalam kononnya Ab Rauf bersama Mohd Ali sudah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Melaka sebelum ini menafikan dakwaan tersebut. Ketua Komunikasi Media Ketua Menteri Melaka, NorHafizah Mohd Sati, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan seperti yang didakwa dalam maklumat yang tersebar.

Setakat ini, Ab Rauf masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembubaran DUN Melaka.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
4 jam lalu· Politik
PAS mahu PRN SG4 serentak dengan PRU-16, tolak cadangan UMNO: Hadi
September 18, 2026· Politik
PRN Terengganu: Tuan Ibrahim nafi PAS tak ikhlas dengan UMNO
September 16, 2026· Politik
Puad dakwa PAS tidak ikhlas kerjasama politik, enggan buat PRN Terengganu
September 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
4 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
4 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
4 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
4 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok