PRN Sabah: Lebih 22,000 kertas undi pos mula diedarkan

November 19, 2025 · Politik

Seramai 22,881 pengundi pos yang layak telah mula menerima kertas undi mereka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, mengesahkan pengeluaran kertas undi itu telah dijalankan pada 17 dan 18 November di semua 73 bahagian pilihan raya, mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Kesemua 22,881 kertas undi pos ini terdiri daripada 21,362 kertas untuk kategori 1A melibatkan petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota Polis dan tentera, serta petugas media.

“Manakala, 336 kertas undi pos bagi kategori 1B untuk warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, dan 1,183 lagi untuk kategori 1C yang merangkumi pelbagai agensi dan organisasi,” katanya dalam kenyataan.

Proses pengedaran kertas undi pos itu dijalankan dengan telus di bawah pemerhatian ejen-ejen calon yang bertanding bagi memastikan integriti proses tersebut.

SPR juga mengingatkan semua pengundi pos agar menandakan undi serta mengisi Borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) dengan lengkap dan betul.

“Pengundi pos perlu mengembalikan dokumen tersebut kepada Pegawai Pengurus Dewan Undangan Negeri yang berkenaan sebelum jam 5 petang pada hari mengundi, 29 November ini,” ujarnya lagi.

“Kami juga menasihati semua pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi mereka. Elakkan daripada merakam gambar kertas undi pos dan menyebarkannya di platform media sosial.”

Pengundi pos kategori 1C merangkumi kumpulan seperti Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR), anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), serta kakitangan Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain yang bertugas dan tidak dapat mengundi pada hari pemungutan suara.

Hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 telah ditetapkan pada 29 November ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 25 November.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
1 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
24 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok