PRN Sabah: PKR umum 10 nama calon, termasuk anak Musa Aman dan Jamawi

November 10, 2025 · Politik

PKR malam tadi mengumumkan 10 nama calon yang akan ditampilkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini semasa program di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Antara calon yang mendapat perhatian diumumkan PKR adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman iaitu Yamani Hafez Musa yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin.

Yamani, bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Kewangan Persekutuan.

Selain itu, senarai calon PKR yang turut menampilkan bekas pegawai kanan kerajaan persekutuan, Ruji Ubi, bagi DUN Merotai.

Pengumuman itu menamatkan desas-desus berbulan lamanya mengenai penampilan pertama Yamani di peringkat negeri.

Dalam ucapannya, Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya ini.

“Saya sendiri akan mengetuai jentera pilihan raya PKR di Sabah bagi menyelaras strategi kempen dan, yang lebih penting, memperkukuh perpaduan di semua peringkat,” ujarnya.

Senarai calon PKR turut menampilkan Jamawi Jaafar yang akan bertanding di kerusi Melalap. Ini merupakan kali keempat beliau menukar parti dalam tempoh tujuh tahun.

Daripada sepuluh calon PKR yang diumumkan, hanya dua merupakan penyandang, iaitu Peto Galim (Inanam) dan George Hiew (Karamunting).

Dengan pengumuman ini, Pakatan Harapan (PH) setakat ini telah mengumumkan 18 calon untuk PRN Sabah. UPKO, komponen lain dalam PH, belum mengumumkan senarai calon mereka.

Hari penamaan calon telah ditetapkan pada 15 November, manakala hari mengundi pula pada 29 November.

Berita berkaitan
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
3 jam lalu· Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
3 jam lalu· Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
4 jam lalu· Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
8 jam lalu · Politik
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
10 jam lalu · Politik
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
14 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
15 jam lalu · Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
13 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok