Puad: Gila kuasa punca UMNO kembali dekati PAS

July 17, 2026 · Politik

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa keinginan untuk meraih kuasa menjadi punca UMNO kembali menjalinkan kerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, didorong matlamat politik jangka pendek yang menguntungkan kedua-dua pihak.

“UMNO dan PAS ada matlamat jangka pendek. Zahid mahu menjadi perdana menteri, manakala PAS mahu kembali berada dalam kerajaan tanpa perlu menebuk atap dan tanpa menunggu PRU16,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Puad mengulas perkembangan kerjasama BN dan PN yang dikaitkan dengan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan mengumumkan senarai calon bagi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala baki 11 kerusi masih dalam rundingan akhir.

Mohamad turut memaklumkan BN tidak akan bertanding di semua 36 kerusi kerana gabungan itu mempunyai “kerjasama dengan rakan yang boleh dipercayai”.

Kenyataan itu mencetuskan spekulasi wujud kerjasama politik antara BN dengan PN, terutama PAS dan Parti Wawasan, bagi menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Mengulas perkara itu, Puad mempersoalkan siapakah “rakan yang boleh dipercayai” seperti dimaksudkan Mohamad.

“Sudah pasti PAS. Dulu Tok Mat kata PAS tidak boleh dipercayai kerana PAS suka berselingkuh dengan janda UMNO,” sindirnya.

Beliau turut mempersoalkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti yang dikaitkan dengan kerjasama tersebut dan menyifatkan peluang Bersatu memenangi kerusi di Negeri Sembilan amat tipis.

Sehubungan itu, Puad mencadangkan Bersatu meletakkan calon di kawasan yang ditandingi PAS supaya kedua-dua parti dapat menguji kekuatan masing-masing.

“Bersatu boleh mendedahkan perangai PAS yang tidak Islamik dalam berkawan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan partinya akan menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan selepas mendakwa kecewa dengan tindakan PAS menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN yang dijadual berlangsung pada 12 Julai lalu.

Muhyiddin turut mendakwa Bersatu tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan berkaitan agihan kerusi selepas mesyuarat itu ditangguhkan, selain mendakwa PAS mengadakan rundingan dengan BN tanpa penglibatan parti-parti komponen PN lain atau kelulusan Majlis Tertinggi gabungan tersebut.

Berita berkaitan
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
July 29, 2026· Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
6 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
8 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
July 29, 2026 · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026 · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
6 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
9 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok