Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd. Puad Zarkashi membidas Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mungkin berdepan tuntutan RM100 juta kerana melompat parti susulan keputusannya semalam meninggalkan UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd. Puad Zarkashi berkata akan membuat desakan kepada UMNO dalam mesyuarat akan datang supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Zafrul kerana tindakannya untuk keluar parti dan menyertai PKR.
“Saya akan mendesak UMNO semak balik akujanji semasa Zafrul menjadi calon BN di (Pilihan Raya Umum) PRU ke 15.
“Apakah Zafrul boleh dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana lompat parti?,” soalnya dalam kenyataan di Facebook.
Pada hantaran sama juga, Mohd. Puad mahu UMNO menegur PKR jika permohonan Zafrul diterima.
Jelasnya, tidak memadai dengan kenyataan UMNO rasa kesal tetapi, mesti ada perbincangan awal secara sulit yang jadi punca Zafrul sertai PKR.
“Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. PKR mesti diberi amaran, jika dibiar tikam belakang akan berlaku lagi.
“Jangan salahkan UMNO jika ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap PMX (Anwar Ibrahim). Kerjasama Kerajaan Perpaduan akan rosak binasa,” tegasnya.
Semalam, Tengku Zafrul mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli MT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta keahliannya dalam parti itu.
Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO.
Fitnah isu takbir: MP PAS dan Harakah minta maaf kepada Menteri Pendidikan
PKR Tuaran desak Rafizi dipecat
Rumah Bangsa berjaya tarik lebih ramai nama besar sertai UMNO: Zahid
DAP akan muktamadkan hala tuju politik semasa Kongres Khas 12 Julai
Tak perlu darurat tangguh PRN: Muhyiddin
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan