Saifuddin Nasution Ismail mengulas berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli status siasatan melibatkan anaknya yang diserang sebelum ini.
Kenyataan Rafizi Ramli yang mahu meletak jawatan sebagai menteri sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak, tidak kurang ada juga yang terasa hati dengan beliau.
Rafizi membuat pendirian tegas untuk berundur daripada kabinet kerajaan jika kalah pemilihan, tetapi bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang sudah kalah dalam pilihan raya tetapi berjawatan dalam parti dilantik menjadi menteri pula?
Sebagai contoh, bekas setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang kalah semasa pilihan raya umum lalu tetapi kerana memegang jawatan tinggi (ketika itu) dilantik menjadi menteri dalam Kabinet.
Untuk rekod, Saifuddin Nasution ketika ini memegang jawatan Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH).
Pada mulanya, pemerhati politik meramalkan Saifuddin Nasution akan turut masuk gelanggang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, namun secara tiba-tiba menarik diri susulan pencalonan Nurul Izzah Anwar dan Rafizi yang diumumkan baru-baru ini.
Rafizi walaupun tidak memetik secara spesifik berhubung isu lantikan mereka yang berjawatan tinggi dalam parti dilantik menjadi menteri, namun ia secara tidak langsung akan menimbulkan polemik dikalangan akar umbi yang melihat kenyataan itu sebagai sindiran keras terhadap pemimpin parti.
Rafizi dilihat cuba menjadi seorang yang berprinsip di mata akar umbi dan meraih sokongan akar umbi, bagaimanapun beliau tidak sedar langkah tersebut akan mengundang banyak masalah kepada imej PKR sendiri.
Jika benar-benar berlaku Rafizi meletak jawatan hanya kerana kalah pemilihan parti, adakah Saifuddin Nasution juga akan mengikut jejak sama meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri?
Tidak semua pemimpin dalam PKR seperti Rafizi, kehilangan jawatan menteri adalah sesuatu yang tidak dimahukan mana-mana individu kerana sedang enak menikmati gaji dan elaun tinggi.
Langkah Rafizi hanya sekadar untuk mencari populariti peribadi semata-mata bagi mendapatkan sokongan akar umbi supaya memilihnya semula menjadi Timbalan Presiden PKR lagi.
Beliau sedar lawannya Nurul Izzah yang mendapat sokongan di banyak negeri bukan calang-calang, malah status anak Presiden PKR dilihat sudah memberi kelebihan dan ia pastinya akan memberi kesan besar kepada pola mengundi pada hari pemilhan nanti.
Adakah pertembungan Rafizi dan Nurul Izzah ini bakal mencorakkan senario politik baharu dalam PKR dimana tak semestinya yang memegang jawatan parti juga akan dilantik jadi menteri atau budaya lama masih terus menjadi amalan?
Bagaimana pula dengan menteri yang dilantik tetapi kalah dalam pilihan raya umum sebelum ini? Adakah masih akan terus memegang jawatan atau mengikut jejak Rafizi meletak jawatan?
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan