Rafizi masih masuk pejabat hari ini, tidak letak jawatan

May 26, 2025 · Politik

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dikatakan hadir bertugas seperti biasa di pejabatnya hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Akhbarnya, Farhan Iqbal dan tiada sebarang pengumuman yang mengejutkan akan dibuat sementara waktu ini.

“Ya, beliau masuk seperti biasa di pejabatnya hari ini,” katanya Farhan dipetik portal Sinar Harian.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan tersebut menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi sekiranya gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR yang berlangsung pada 23 Mei lalu.

Dalam program ‘Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri’ di Dewan Serbaguna MBSJ, beliau menegaskan bahawa jika tewas, dirinya akan kembali menjadi ahli Parlimen biasa dan terus membantu parti mendekati golongan muda.

Bagaimanapun, keputusan pemilihan PKR baru-baru ini, menyaksikan kemenangan berpihak kepada Nurul Izzah Anwar yang kini secara rasmi memegang jawatan Timbalan Presidennya.

Rafizi tewas dalam saingan tersebut, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya dalam kabinet.

Berdasar pemerhatian, beberapa penganalisis politik berpendapat, Nurul Izzah berkemungkinan menggantikan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dalam rombakan kabinet yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohamad Hafis Amat Simin berkata, walaupun Nurul Izzah dilihat berpotensi besar untuk mengambil alih portfolio tersebut, beliau perlu terlebih dahulu dilantik sebagai Senator memandangkan bukan merupakan ahli Parlimen.

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada Rafizi berhubung status beliau sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahan itu.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
OPR kekal 2.75%, BNM pantau risiko ekonomi
September 3, 2026· Isu semasa
RCI TH: Bekas menteri UMNO direman bagi bantu siasatan
September 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
2 jam lalu · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
2 jam lalu · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok